Header Ads

ads header

Flash News

BMF (Buy Muslim First) menjadi makin hangat dengan bantuan Mahathir, Lim Kit Siang dan Guan Eng


ETALING JAYA: Najib Razak menarik perhatian kepada lonjakan keahlian kumpulan Facebook berkaitan kempen utamakan barangan orang Islam (BMF), mengatakan ia meningkat kepada jutaan orang selepas komen Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Bekas perdana menteri itu berkata, jumlah peserta kumpulan itu, selepas kempen dimulakan pada Disember tahun lepas, hanya 10,000 sahaja sehinggalah perdana menteri menimbulkan isu BMF pada 30 Ogos 2019.

“Dengan itu, isu ini menjadi isu nasional dan jumlah peserta kumpulan melonjak naik ke 100,000 pada malam itu juga,” katanya di Facebook semalam.

Ulasan veteran DAP, Kit Siang mengenai kempen BMF pada 31 Ogos menyaksikan jumlah peserta bertambah beberapa kali ganda kepada 500,000 orang, dan menjadi 1 juta orang tiga hari kemudian apabila Menteri Kewangan Guan Eng “membidas PAS dan Umno tanpa sebab”.

Melihat kepada angka-angka berkenaan, Najib menyimpulkan Pakatan Harapan dan DAP memainkan peranan paling penting mempromosikan kempen yang menjadi kontroversi itu.

“Saya diberitahu jumlah ‘member’ dalam kumpulan itu sudah cecah 1.6 juta orang hari ini,” katanya.

“Tapi PH ada hati nak salahkan Umno, PAS, MCA dan MIC pula,” tambahnya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan