Header Ads

ads header

Flash News

Ibu bapa perlu terima guru rotan anak - Hadi Awang


MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkongsi nostalgia dirotan guru ketika zaman persekolahan dan bersyukur kerana tindakan itu berjaya membentuknya menjadi manusia berguna.

Ahli Parlimen Marang itu mengakui beliau dirotan guru dan bapa, Allahyarham Awang Mohamad Abd Rahman kerana nakal.

Justeru beliau menyifatkan tindakan guru merotan anak murid wajar dan perlu dilaksanakan walaupun dalam era moden kerana ia dapat membentuk peribadi mulia dan moral tinggi dalam kalangan murid dan pelajar.

Beliau berkata, pendekatan merotan murid atau pelajar yang degil dan bermasalah perlu demi kepentingan untuk mengajar dan mendidik sejak kecil, tetapi bukan sehingga mencederakan.

Katanya, sikap ibu bapa yang tidak membenarkan anak dirotan walaupun melakukan kesalahan sehingga ada yang menyaman guru, boleh meruntuhkan institusi keluarga seperti di negara barat.

“Ketika saya sekolah dulu, guru dibenarkan merotan, tetapi merotan yang tidak mencederakan seperti diajar Islam. Ketika itu tak jadi kesalahan pun (guru rotan murid). Tetapi sekarang ini guru nak rotan pun tak boleh. Ibu bapa pula saman guru yang merotan.

“Kita kena sedar, nak ubat orang sakit pun, ada yang mudah terima ubat, ada orang sakit payah terima ubat. Ada yang kena letak ubat dalam makanan yang manis baru dia boleh telan, ada orang yang sakit kena paksa makan ubat.

“Jadi kalau pelajar yang jenis kena paksa ini, (tetapi) kita tak paksa, tak bolehlah. Ada anak-anak ini yang kita kena paksa sebab akal dia belum matang. Tetapi kita pula terpengaruh dengan budaya barat yang salah.

“Sekarang ini institusi keluarga di negara barat runtuh. Jadi kita nak ikut mereka ke? Tak boleh. Kita kena balik pada yang asas juga. Islam tak larang rotan anak untuk mendidik, bukan mencederakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rusila di sini, hari ini.

Beliau berkata, arwah bapanya dahulu sangat memihak kepada guru dan menyokong sekiranya ada guru yang merotan anak murid kerana ia dilakukan demi kebaikan.

“Ayah saya dahulu ketua masyarakat di sini (Marang). Memang beliau suruh cikgu merotan kalau perlu. Arwah akan marah orang kampung kalau berlaku krisis antara guru dan orang kampung. Beliau akan berpihak kepada guru,” katanya.

Mengakui sering dipaksa ke sekolah kerana menganggap belajar sebagai satu bebanan ketika kecil, Abdul Hadi berkata, sehingga hari ini beliau masih ditegur oleh gurunya jika melakukan kesalahan.

“Ada guru saya yang masih hidup dan melatih saya sampai sekarang. Antaranya, pernah saya jawab soalan pemberita dalam keadaan marah-marah, guru saya tegur kata jangan buat begitu. Walaupun saya sudah tua, ada guru saya yang masih hidup ajar saya jangan buat itu, ini sehingga kini,” katanya.

Sambil mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik, Abdul Hadi berharap golongan itu akan terus menunaikan amanah dan tanggungjawab mendidik dan membentuk anak bangsa dengan ilmu bermanfaat.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan