Header Ads

ads header

Flash News

Baru Bian sokong Anwar, Azmin sebab takut hilang jawatan, kata pemimpin PKR Sarawak


PETALING JAYA: Seorang pemimpin bahagian PKR Sarawak mendakwa pengerusi negeri parti itu, Baru Bian membuat kenyataan menyokong kedua-dua Presiden PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya Mohamed Azmin Ali kerana takut hilang jawatan.

Pemimpin itu yang enggan dikenali berkata, Baru mengubah nadanya selepas pada mulanya berkata beliau “tidak menandatangani apa-apa surat”.

“Baru takut hilang kawalan ke atas jawatan beliau,” kata pemimpin PKR itu. “Ini kerana beliau takut hilang kedudukan dan kuasa di majlis kepimpinan pusat parti.”

Beliau juga mendakwa sebilangan pemimpin PKR Sarawak tidak berpuas hati dengan pendirian asal Baru, yang menyaksikan parti itu berpecah berhubung kontroversi klip video seks sejenis yang melibatkan Azmin.

Katanya, pihak yang mengetahui tentang surat berkenaan dan yang mungkin berpihak kepada Baru pada awalnya kini sedar bahawa mereka juga perlu menunjukkan sokongan kepada Azmin untuk menyelamatkan diri.

Beliau berkata, awal minggu ini wujud usaha bagi mendapatkan tanda tangan pemimpin bahagian supaya menyokong Anwar.

Katanya, beliau turut menandatangani surat itu yang tidak menyebut nama Azmin.

Beliau berkata, namanya pada mulanya tidak dimasukkan dalam senarai yang dikeluarkan malam tadi.

“Oleh sebab kenyataan itu telah dibuat, saya tidak nampak kemungkinan mana-mana orang di Sarawak tidak menyuarakan sokongan kepada Anwar” katanya.

FMT sedang berusaha mendapatkan komen Baru.

MR :  Punah Malaysia selepas ini.. bila 'kawan' Atok ni terajui negara


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan