Header Ads

ads header

Flash News

Polis tahan nelayan pakai kopiah puja tokong di Tanjung Piandang


BAGAN SERAI: Polis menahan seorang nelayan bagi membantu siasatan kes pemujaan Tokong Dato Kong di Taman Piandang Indah, Tanjung Piandang di sini, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Omar Bakhtiar Yaacob berkata, lelaki berumur 43 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di sini, setelah dia datang untuk menyerah diri pukul 5 petang tadi.

“Tiada rampasan dibuat kerana pakaian yang dipakai lelaki itu seperti mana dalam video yang tular telah dialihkan atau dibuang oleh individu tidak dikenali. Polis akan mendapatkan perintah reman daripada mahkamah Parit Buntar esok,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Pada 7 Jun lalu, tular rakaman video sepanjang 15 saat menunjukkan seorang lelaki memakai kain pelikat dan berkopiah melakukan pemujaan di sebuah tokong kecil di kawasan perumahan di Tanjung Piandang di sini.

Berikutan itu, Omar Bakhtiar berkata, ahli jawatankuasa Masjid Tanjung Piandang membuat satu laporan polis di Balai Polis Tanjung Piandang pada hari yang sama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain, katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Sejak Pakatan Hancing pimpinan parti kafir harbj DAPig berkuasa, orang kafir dan puak munafik liberal semakin berani menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan Islam dan umat Islam.

    Wahai umat Islam, marilah kita semua bersatu padu menyokong kerjasama parti Islam PAS dan UMNO untuk mengalahkan Pakatan Hancing dalam setiap PRK dan PRU.

    BalasPadam