Header Ads

ads header

Flash News

Kami tiada masalah peralihan jawatan PM, kata Anwar


PUTRAJAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada masalah antara dirinya dan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan peralihan jawatan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, soal tarikh dan sebagainya adalah antara mereka berdua.

“Jawapan Perdana Menteri (Dr Mahathir) yang penting ialah bahawa yang dimeterai, yang dijanjikan akan ditunaikan.

“Kita harus beri ruang siapa sahaja Perdana Menteri, mesti diberi ruang supaya mentadbir dengan berkesan tanpa diganggu jadual peletakan jawatan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Elaun Sara Hidup Kepada Sasterawan Negara, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Bagi dirinya dan Dr Mahathir, isu jawatan Perdana Menteri telah selesai dan mereka sentiasa berjumpa setiap minggu.

“Tidak ada sama sekali sebarang masalah setakat ini bagi peralihan itu,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir yang akan menyerahkan jawatan itu dalam tempoh tiga tahun dan bukan dua tahun seperti yang dilaporkan dipersetujui Pakatan Harapan, Anwar berkata: “Itu hanya andaian.” - Bernama


MR :  Nak cakap macam mana lagi?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Kalau ada masalah pun nak ke dia bagi tahu. Anwar bermimpi je la yg mampu kalau nak jadi PM. Reality tak mungkin Mahathir akan terima Anwar jadi PM.

    BalasPadam
  2. Anwar lbeh baik jangan comment meluat .

    BalasPadam