Header Ads

ads header

Flash News

Selamatkan Isreal atau Bahaya Iran?


PERANG propaganda membayangi krisis Asia Barat yang semakin bergolak, sehingga boleh mencetuskan Perang Dunia Ketiga, kerana pertembungan di kalangan negara kuasa besar boleh berlaku bila-bila masa selepas dicetuskan peperangan secara proksi bagi merebut pengaruh, menguji senjata dan berniaga senjata masing-masing.

Penubuhan negara haram Israel oleh semua negara besar tersebut diketepikan bermula setelah bersama menjatuhkan Khilafah Uthmaniah yang memimpin negara Islam selepas Perang Dunia Pertama di awal abad yang lalu. Caranya sangat zalim, apabila merampas bumi Palestin dan menghalau penduduknya.

Negara yang ditubuhkan penjajah itu tidak mempunyai hak untuk memberi kepada kaum Yahudi yang tidak berhak memilikinya, sehingga mencetuskan ketegangan yang membara memakan masa panjang beberapa dekad, disambung beberapa generasi dan tidak mungkin dipadamkan.

Ada kalangan berpendapat bahawa penubuhan negara haram Israel itu bertujuan mengeluarkan bangsa Yahudi yang dikira menjadi ancaman khususnya ekonomi negara masing-masing, serta menangani campur tangan politik Yahudi sehingga mengacau urusan memilih pemimpin yang hanya dapat dipengaruhinya. Pada masa sama, semangat Yahudi Zionis yang bermimpikan empayar Yahudi yang berpusat di Palestin.

Terkini, kuasa besar Barat yang dipimpin oleh Amerika, adalah paling hadapan melindungi Israel dengan hujah menguar-uarkan bahaya pengaruh Syiah Iran yang dikatakan menular di Asia Barat, bukannya negara haram Israel yang diciptakan. Dikatakan Iran kini menjadi ancaman kepada negara jirannya, bahayanya selepas berlaku Revolusi Islam dan diubah namanya kepada Republik Islam Iran, dan melaksanakan konsep demokrasi pilihan raya yang bersyaratkan Islam mengikut mazhabnya yang dilakukan tajdid dan islah, serta mencapai kemajuan teknologi tinggi.

Mengapa Iran dianggap tidak bahaya di zaman Shah dahulu, walaupun berkonsepkan diktator monarki? Sehingga Iran ketika itu menjadi pangkalan Barat yang terpenting dalam era Perang Dingin, dibina segala kekuatannya yang menjadi benteng menghadapi ancaman Blok Timur, disamping itu juga menjadi pangkalan maksiat untuk memuaskan hawa nafsu dan bebas berfoya-foya seperti negara Barat, bagi memudahkan kalangan yang tidak berpeluang melancong ke negara Barat yang bebas segala-galanya.

Sebenarnya, negara berkuasa besar khususnya Barat menjadikan Asia Barat laksana jantung yang membekalkan darah dan nafasnya untuk menyambung talian hayat, kerana kekayaan sumber tenaga terpenting yang menghidupkan industri dan ekonomi yang menjana kekuatan politik dan ketenteraannya, sehingga diletakkan pangkalan-pangkalan tentera yang besar di kawasan itu, kerana tidak cukup kuat menjaga kepentingannya oleh negara haram Israel yang diadakan dengan segala kemudahan, termasuk kebebasan memiliki senjata pemusnah yang diharamkan kepada negara lain.

Segala pencabulan Israel terhadap undang-undang antarabangsa mengancam negara jirannya sehingga boleh melakukan apa sahaja sewenang-wenangnya dan menafikan hak asasi manusia yang wajib diberikan kepada rakyat Palestin.

Semua tindakan ke atas Israel oleh majoriti masyarakat antarabangsa boleh dibatalkan dengan kuasa veto yang menjadi keistimewaan negara kuasa besar. Undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia laksana sarang labah-labah yang memerangkap makhluk kecil dan lemah sahaja.

Mazhab Syiah dijadikan alasan. Negara Iran Syiah yang dahulunya berimamkan Shah Iran boleh diterima oleh Barat dan Negara Arab yang berada di bawah ketiaknya yang hangit itu sejak hampir satu abad, di kala itu hubungan negara Iran juga paling intim dengan negara haram Israel tersebut.

Tiba-tiba fatwanya berubah selepas rajanya bergelar Syahan Syah (Raja bagi segala raja-raja), gelaran yang diharamkan oleh Rasulullah S.A.W, berjaya digulingkan oleh rakyat yang dipimpin oleh para ulamanya dan menukar namanya kepada Republik Islam Iran, seterusnya membatalkan hubungannya dengan negara Israel dan mengisytiharkan Israel adalah negara haram yang wajib dihapuskan.

Disebabkan oleh mereka kini tidak boleh lagi berfoya-foya di Iran, tiba-tiba terus dianggap menjadi ancaman kepada negara serantau, walaupun Iran mengajak bersatu menentang Israel dan menghapuskannya.

Hujahnya kerana Iran itu Syiah walaupun di zaman Syah dahulu Syiah juga, sehingga diterima menjadi anggota OIC, rakyatnya mendapat kuota jamaah haji di antara paling besar jumlahnya, qarinya juga dijemput bermusabaqah al-Quran dan para ulama Syiah Iran dilantik juga menjadi anggota Majma’ Fiqh Antarabangsa di bawah OIC.

Muhasabah politik dengan sedar dan insaf perlu dilakukan dengan seadil-adilnya oleh semua pihak di kalangan umat Islam. Adakah para ulama dan mufti yang berada di bawah kerajaan masing-masing yang dikatakan sangat kuat pegangan sunninya tidak boleh membezakan betapa pengaruh politik Barat sedang membayangi kerajaan meraka, sehingga fatwa para ulama dan muftinya juga terheret oleh kenyataan politik pemimpin Barat yang diimamkan oleh kerajaan mereka?

Baca dan ingat!

Betapa Sultan Yusuf Salahudin al-Ayyubi pernah menempa sejarah berjaya membebaskan Bait Al-Maqdis yang dijajah tentera salib hampir satu abad, setelah baginda berjaya mendekatkan diri secara ilmu dan damai dengan Kerajaan Abbasiyah Sunni yang lemah di Iraq dan Kerajaan Fatimiyyah yang memerintah Mesir yang fanatik Mazhab Syiah Ismailiyyah, di mana Syiahnya lebih melampau daripada Syiah Imamiyyah di Iran dan Universiti al-Azhar diadakan bagi menyebarkan mazhab Syiah. Namun Baginda Sultan Salahuddin al-Ayyubi meletakkan perbezaan mazhab adalah masalah dalaman umat Islam dan lebih utama menghadapi musuh yang menjajah Bait al-Maqdis itu. Akhirnya berjaya dibebaskan, Mesir dan al-Azhar berubah jadi Sunni.

Sila bandingkan di antara iktibar daripada Salahuddin al-Ayubi dan pendekatannya sehingga berjaya membebaskan al-Aqsa dengan nasihat Presiden Trump dan juak-juaknya yang menguar-uarkan bahawa Republik Islam Iran Syiah adalah ancaman kepada umat Islam Sunni, kerana fatwa Trump bahawa Iran Syiah itu mahu menjajah Sunni dan Israel pula adalah sahabat yang akrab, walaupun sudah diketahui kerjanya sedang merancang untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas serta merobohkan rumah dan menghalau rakyat asal Palestin bagi penempatan kaum Yahudi yang didatangkan daripada seluruh pelosok dunia.

Presiden Donald Trump memberanikan diri mengiktiraf Bait al-Maqdis adalah ibu negara haram Israel. Langkah yang ditentang oleh majoriti umat dunia melalui Sidang Khas PBB, sehingga banyak negara menjadi pak turut mengikut arus masyarakat antarabangsa, tetapi sebelah kakinya masih bersama Presiden yang mendukung Israel itu.

Perhatikan kacau bilau yang sedang menumpahkan darah di Asia Barat kini kerana pertembungan yang sudah berkecamuk dengan peperangan dan menggunakan senjata yang hendak diuji dan dibayar dengan duit Arab yang diletakkan harganya oleh Trump, bersyaratkan tanpa gangguan sedikit pun terhadap negara haram Israel dan pangkalan-pangkalan tentera negara Barat yang sebenarnya demi menjaga telaga minyak dan gas serta laluannya, dan menjamin keamanan negara haram Israel yang dijadikan hantu penunggu, bukannya menjaga Arab dan Mazhab Sunni. Negara Arab itu hanya dijadikan laksana lembu susu yang diperah susunya untuk tuannya yang lebih penting daripada anak lembu sendiri.

Mengapa semua pihak yang bersedia menentang Israel disenaraikan pengganas oleh Barat dan Israel? Daripada yang besar bernegara seperti Iran sehinggalah yang kecil tidak bernegara seperti Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah, termasuk individu seperti Dr Yusuf al-Qardawi, Ismail Haniyyah, Hasan Nasrullah dan lain-lain, tanpa mengira Sunni dan Syiah, termasuk juga negara sekular yang menyokongnya seperti Syria, Lubnan, Qatar, Yaman, Sudan, Turki dan lain-lain, sehingga dibantu untuk menghuru-harakannya dengan media, wang dan senjata yang diuji.

Adakah sebenarnya Iran dan Syiah menjadi ancaman atau kerana selamatkan Israel dan menjaga kepentingan Barat dan sekutunya, maka Islam semuanya tanpa pedulikan mazhab adalah musuh utama?

Mereka tidak pedulikan negara Arab yang merampas kuasa silih berganti tanpa demokrasi yang kononnya sangat diperjuangkan dan menjadi kebanggaannya. Semuanya mereka sokong konsepnya walaupun tidak ada tempat bagi konsep demokrasi, asalkan tidak bermusuh dengan Israel. Walaupun Sunninya yang bermazhab Kamal Atarturk, Kasim Ahmad dan Ayah Pin dianggap anggota umat Islam yang tidak merbahaya.

Adapun Presiden Muhammad Mursi yang menang melalui demokrasi pilihan raya mereka tidak iktiraf, biar digulingkan kerana dasar Islam dan bermusuh dengan Israel tanpa mengira mazhab Sunninya.

Para ulama terdahulu telah menulis dalam kitab yang dikarangnya berkenaan perbezaan mazhab Sunni, Syiah, Khawarij dan sebagainya. Ada yang salah dan ada yang sesat, ada pendapat mazhabnya yang diterima ijtihadnya dan ada yang ditolak. Semuanya dianggap perkara dalaman umat yang boleh dikaji hujahnya, sehingga riwayat hadis dan ijtihad daripada ulama Sunni dan Syiah juga dimasukkan dalam kitab-kitab yang muktabar, tetapi semua kitab ini dilupakan kerana fatwa daripada ‘White House’ yang lebih muktabar kerana menjadi pergantungan tali hayat kursinya. Bukan ayat kursi yang menegakkan akidah dan menghalau Syaitan, tetapi ayat kursi ciptaan yang berpegang kepada ungkapan bahawa percayakan Syaitan yang dikenali adalah lebih baik daripada Malaikat yang tidak dapat dilihat kerana berada di alam ghaib.

Terkini, Syaitan besar sedang menukar buah catur melalui ISIS dan kumpulannya yang kalah, kepada kaum Kurdis yang dinyalakan api perkaumannya dengan dibekalkan senjata yang perlu bagi menyambung kekacauan yang menyelamatkan Israel bagi melagakan kaum Arab, Turki, Parsi dan Kurdis yang termasuk dalam lakaran peta barunya tanpa mengira Sunni dan Syiah yang mesti menjadi korbannya, namun negara haram Israel tetap diamankan. Seterusnya Asia Barat terus menjadi papan catur dan rakyatnya menjadi ayam sabung yang dilagakan.

Kenyataan Mantan Setiausaha Luar Amerika, John Kerry dalam forum di Munich bahawa beberapa pemimpin Arab dan Israel mendesak Amerika tidak menyerang Iran kerana menggunakan taktik buah catur yang diperalatkan lebih merehatkan Amerika dan Israel. Kita menunggu dan melihat, apakah langkah Trump yang lebih berani mendukung Israel?

Ingatlah amaran Rasulullah S.A.W bahawa Islam di Masjid al-Aqsa tidak boleh dihapuskan oleh mereka yang mengecewakannya:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ ". قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: " بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.

مسند أحمد ط الرسالة (36/ 657).

“Tetap masih ada kalangan umatku kumpulan yang bangkit menyerlah menyatakan Islam dengan gagah perkasa terhadap musuh mereka, tidak boleh memudaratkannya oleh penentang mereka, cuma mereka ditimpa kesulitan, sehinggalah datangnya kemenangan daripada Allah, mereka masih dalam keadaan begitu (tidak berganjak). Lalu mereka (para Sahabat) bertanyakan: Dimanakah mereka itu? Sabdanya: Mereka berada di Bait al-Maqdis dan di sekitar Bait al-Maqdis”

(Musnad Ahmad)

Ketika musuh Islam bersatu menentang kebangkitan Islam secara umum tanpa mengira mazhab betul atau salah dan ideologinya yang sesat atau tidak, tiba-tiba umat Islam dicetuskan dengan permusuhan dan diatur supaya sedia berperang, hanya sebab adanya titik perbezaan bangsa, mazhab, kepentingan harta dan takhta, termasuk perbezaan masyarakat majmuk berbagai agama yang tidak boleh dipaksakan, namun bersatu di atas kemanusiaan menentang penjajah yang zalim. Fikir dan berfikirlah.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS


Bertarikh: 15 Jamadil Akhir 1439 / 3 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 3/3/2018



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

7 ulasan:


  1. Syiah dan Yahudi Bersatu Menyambut Sang Mata Satu (Dajjal)?

    Sabda Rasulullah SAW, “Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam (Suriah) atau laut Yaman, akan datang dari arah Timur (lalu menunjukkan dengan tangannya)” (HR Muslim)

    Dari Abi Bakar Siddiq RA, Rasulullah SAW bersabda, “Dajjal akan muncul ke bumi dari arah Timur bernama Khurasan (IRAN saat ini)” (HR al-Tirmizi)

    Dari Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW, “Dajjal akan keluar dari kota Yahudi Isfahan (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk Isfahan”. (Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata: “Shahih”)
    Nabi bersabda, “Dajjal akan diikuti oleh 70.000 Yahudi dari kota Isfahan , mereka memakai Al-Tayalisah (penanda di kening agar berwarna hitam)”. (HR. Muslim)

    Bukankah ini menunjukkan berlaku konspirasi di antara Dajal, puak Yahudi (Iran, Israel, Amerika Syarikat) dan puak Syiah Iran (yang suka mengkhianati Ahlus Sunnah sepanjang sejarah) ?

    Bukankah orang Yahudi yang memulakan ajaran Syiah untuk menyesatkan umat Islam?

    Yang jelas dan pasti ialah Imam Mahdi akan memimpin tentera Islam (Ahlus Sunnah) menentang dan menghapuskan Dajal dan tentera Yahudi dan sekutu mereka (seperti Syiah?) .

    BalasPadam
  2. Senarai pengkhianatan syiah sepanjang sejarah Islam ......

    23 H (Baba Aladdin) Abu Loloah membunuh Khalifah Umar R.A.

    34 H (Abdullah Ibn Saba) membunuh Khalifah Uthman R.A.

    61 H Syiah Rofidah membunuh Imam Husain di Ashora R.A. (Karbala)

    100 H Syiah Rofidah membunuh 500,000 Muslim di Khorasan

    280 H Syiah Zaidiah membunuh 50,000 Muslim di Yaman

    317 H Syiah Qurmutiah menggerebek Masjid Haram Makki, merusakHajar Aswad dengan 8 cukilan and membunuh 400,000 jamaah haji

    483 H Syiah Hashasheen (assasens) membunuh Imad al deen Zinki dan 200,000 Muslim di Mesir.

    1099 M Syiah Fatimiah menjarah Palestine dan membantu penyerahan AlQuds ke pihak Nasrani.

    656 H Syiah Alawiah bersama Hulagu (Mongol) menjarah Baghdad membunuh lebih 800,000 orang di Iraq dan lebih 2 juta orang di Syria, Lebanon, Jordan and Palestine.

    907 H Syiah Safawiah membunuh 1 Million Sunni in Iran

    1149 H Syiah Qadianiah mengubah Kiblat ke (Mashahd) di Iran.

    1289 H Syiah Isnaashariah mencetak Quran by Mirza Tubrusi di Iran Qum.

    1366 H Syiah Isnaashariah fatwah (Karbala) adalah 7x lebih baik daripada Mekkah.

    1406 H membom bagian dalam Masjid Alharam untuk mengirim pesan benci kepada Amerika!

    1407 H Syiah Ira membunuh 402 Saudi selama haji, 85 di antaranya adalah polis.

    1408 H Fatwah melalui the Islamic union di Makkah (Khumini adalah kaum Kuffar)

    1409 H Syiah Rofidah membom Masjid Al Haram dan membunuh 1 pria Pakistan.

    1841 M Syiah Druz menyerang Kekaisaran Turki.

    1972 M Syiah Druz bersama Israel menyerang Palestina.

    1983 M Syiah Druz bersama Israel menyerang Lebanon

    1982 N Syiah Alawiah membunuh 40,000 sunni di Homs Syria

    2011 M Syiah Alawiah + Isnaashariah membunuh 200,000 Sunni di Syria

    DARI BLOG..Wasukalu.blogspot.com

    Nota tambahan:

    Puak Syiah juga bekerjasama dengan tentera Kristian dari Amerika Syarikat dan NATO menggulingkan Presiden Saddam Hussain kerana Saddam menentang Israel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sumber petikan:

      http://akutokjanggut.blogspot.com/2013/08/senarai-pengkhianatan-syiah-sepanjang.html?m=1

      Padam
  3. Hj hadi ni,,dia nak bela syiah ka? Parti pas jahanam teruk kerana hj hadi biar aliran syiah yg dikepalai mad awang dan mat sabu bebas bergerak. Adakah hj hadi lebih bijak drpd ulamak al azhar yg mengatakan syiah bukan mazhab,,tetapi satu ugama baru....yg terkeluar drpd islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PI MAMPOSlah lu si puaka2 PENYAMAQ2 DAPembunuh bangkai ANJING HOMO jijik ZIONIS ISreal kat sini!! Mmg. pun, IRAN atau mana2 DUNIA ISLAM/DUNIA 'KETIGA' (sbb. tu juga YAB DS Najib terCINTA kita diTUMBANGkan, dan NEGARA ISLAM/TANAH MELAYU kita telah diTAKLUK si DAP bangkai ANJING ZIONIS ni) - yg. ANTI-BARAT-ISrael/ZIONIS atau MEMILIKI senjata NUKLEAR atau KAYA dgn."RARE EARTH DEPOSIT", iaitu URANIUM, THORIUM, ACTINIUM, BERYLIUM, HAFNIUM, ZIRCONIUM dsbnya, termsk. dr. bah. paling dlm. GUNUNG2 BERAPI, di bBAWAH TANAH plg. dlm. (EARTH CRUST) dan di dasar LAUT DALAM, termsk. di LAUT MERAH!

      Ini sbbnya BARAT-NATO/ISrael-ZIONIS mahu MENAKLUK ARAB SAUDI (melalui KLON dia, iaitu si PEMBUNUH ZIONIS amat KEJAM; putera Mohammed b. Salman), MESIR, YEMEN, ERITRIA dan SUDAN (sbb. ini juga Pres. Omar al-Basyir diTUMBANGka baru2 ni dan ZIONIS El-SISI berjaya menakluk MESIR skrg.)!

      Bahkan TSUNAMI2/LETUPAN2 GUNUNG BERAPI/GEMPABUMI - BUKAnnya SEMULAJADI, tetapi, adalah disbbkan oleh letupan2 BOM NUKLEAR di dlm. GUNUNG2 BERAPI, dan di bawah tanah dan laut dlm., termsk. melalui SUBMARIN2 Senjata NUKLEAR haram CIA/MOSSAD yg. amat SENYAP dan boleh MENYELAM amat dalam - supaya mineral2 RARE EARTH (utk. pembuatan SENJATA2 NUKLEAR) dr. dlm. GUNUNG BERAPI/LAUT DLM/BAWAH TANAH akan TERKELUAR, di samping MEMBUNUH seramai umat ISLAM/KATHOLIK di DUNIA ISLAM/DUNIA 'KETIGA'!

      Padam
    2. PEMBETULAN:

      PI MAMPOSlah lu si puaka2 PENYAMAQ2 DAPembunuh bangkai ANJING HOMO jijik ZIONIS ISrael kat sini!! Mmg. pun, IRAN atau mana2 DUNIA ISLAM/DUNIA 'KETIGA' (sbb. tu juga YAB DS Najib terCINTA kita diTUMBANGkan, dan NEGARA ISLAM/TANAH MELAYU kita telah diTAKLUK si DAP bangkai ANJING ZIONIS ni) - yg. ANTI-BARAT-ISrael/ZIONIS atau MEMILIKI senjata NUKLEAR atau KAYA dgn."RARE EARTH DEPOSIT", iaitu URANIUM, THORIUM, ACTINIUM, BERYLIUM, HAFNIUM, ZIRCONIUM dsbnya, termsk. dr. bah. paling dlm. GUNUNG2 BERAPI, di BAWAH TANAH plg. dlm. (EARTH CRUST) dan di dasar LAUT DALAM, termsk. di LAUT MERAH, mahu diHAPUSkan habis2an oleh PENGGANAS2/PEMBUNUH2 bangkai ANJING NATO (KESATUAN TENTERA EROPAH BERSEKUTU yg. diKUASAI puak ZIONIS, dan juga dianggotai oleh NZ/AUSTRALIA/US/CANADA/ISrael)-CIA/ISrael-MOSSAD!

      Ini sbbnya BARAT-NATO/ISrael-ZIONIS mahu MENAKLUK ARAB SAUDI (melalui KLON dia, iaitu si PEMBUNUH ZIONIS amat KEJAM; putera Mohammed b. Salman), MESIR, YEMEN, ERITRIA dan SUDAN (sbb. ini juga Pres. Omar al-Basyir diTUMBANGkan baru2 ni, dan ZIONIS El-SISI berjaya menakluk MESIR skrg.)!

      Bahkan TSUNAMI2/LETUPAN2 GUNUNG BERAPI/GEMPABUMI - BUKAnnya SEMULAJADI, tetapi, adalah disbbkan oleh letupan2 BOM NUKLEAR di dlm. GUNUNG2 BERAPI, dan di bawah tanah dan laut dlm., termsk. melalui SUBMARIN2 Senjata NUKLEAR haram CIA/MOSSAD yg. amat SENYAP dan boleh MENYELAM amat dalam - supaya mineral2 RARE EARTH (utk. pembuatan SENJATA2 NUKLEAR) dr. dlm. GUNUNG BERAPI/LAUT DLM/BAWAH TANAH akan TERKELUAR, di samping MEMBUNUH seramai umat ISLAM/KATHOLIK di DUNIA ISLAM/DUNIA 'KETIGA'!

      Padam
  4. Izin share ya min
    Mari Dukung Team Anda Bersama Kami di upd4te8ett1n9
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam