Header Ads

ads header

Flash News

Jokowi belum tenang, Prabowo cabar keputusan Pilpres


JAKARTA, 25 Mei — Proses Pemilu 2019 atau Pilihan Raya Umum Indonesia, ternyata belum selesai, yang setakat ini berlangsung penuh cabaran dan tragedi.

Tujuh perusuh terbunuh dan beratus cedera dalam insiden rusuhan selepas keputusan Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2019) diumumkan Selasa lepas.

Sebelum ini, lebih 500 petugas Pemilu, dilaporkan meninggal dunia, kerana “kepenatan” dan serangan jantung, dalam mengendalikan proses Pemilu 2019.

Sebanyak 1.7 juta petugas Pemilu 2019 menguruskan proses Pilpres, Pemilihan anggota Majelis Permusyarawatan Rakyat (MPR), pemilihan anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Dewan Perwakilan Daerah (DPD) serta anggota dewan legislatif melibatkan lebih 2,000 daerah dan perbandaran.

Proses keputusan Pilpres 2019 masih belum selesai dalam memuktamadkan kemenangan Presiden Joko Widodo (Jokowi), bagi memimpin negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu untuk penggal keduanya.

Calon Pilpres 2019 yang diumumkan kalah oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU), Prabowo Subianto, menerusi peguamnya, Bambang Widjojanto,memfailkan petisyen mencabar keputusan itu di Mahkamah Konstitusi (MK) Indonesia pada pukul 10.43 malam tadi.

MK dibuka sehingga pukul 12 tengah malam, untuk masa dan tarikh akhir kemukakan bantahan Pemilu 2019.

KPU sebelum ini menetapkan dalam tempoh 72 jam selepas pengumuman Pilpres pada Selasa lepas, untuk pihak yang kalah pada Pilpres, mengemukakan bantahan terhadap keputusan itu di MK.

Jika tiada bantahan, KPU akan istiharkan kemenangan muktamad Jokowi, dan jika ada, MK yang akan putuskan.

Proses persidangan (perbicaraan) dijadual bermula 14 Jun ini, sebelum MK dijangka membuat keputusan pada 28 Jun 2019.

Pemerhati dan penganalisis berkata apa jua keputusan MK nanti itu adalah sesuatu yang muktamad, dan perlu dihormati semua pihak, demi kestabilan politik di Indonesia.

Prabowo, yang sebelum ini sering mendakwa berlaku politik wang, penipuan dan penglibatan pihak-pihak tertentu berkonspirasi memenangkan Jokowi, perlu membuktikan tuduhannya itu pada persidangan di MK.

“Majoriti 16.95 juta undi, adalah besar, sukar untuk mengatakan ia satu konspirasi pihak-pihak tertentu dalam melakukan penipuan,” kata pemerhati politik.

Pada pukul 1.46 pagi Selasa, KPU mengumumkan kemenangan Jokowi, 57, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Ma'ruf Amin, 76, memperolehi 85,607,362 undi, manakala Prabowo, 67, dan pasangannya untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, memperolehi 68,650,239 undi.

“Terdapat 813,350 Tempat Pembuangan Suara (TPS) atau pusat pengundian, dan di setiap TPS, terdapat sekitar 200 pengundi.

“Jika berlaku penipuan, team Jokowi memerlukan konspirasi yang cukup besar dan terancang, untuk meraih majoriti 16.95 juta undi itu,” kata pemerhati politik. — Bernama




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan