Header Ads

ads header

Flash News

Terima kasih teruskan ECRL - Itu tindakan bijak


Kerajaan Terengganu menzahirkan penghargaan terima kasih susulan pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, berita gembira itu disambut baik oleh seluruh warga Pantai Timur, khususnya, rakyat Terengganu yang meyakini bahawa projek itu bakal merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya percaya keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menyambung kembali projek ECRL itu akan turut memberi kesan positif kepada sosial penduduk setempat.

“Saya percaya jika komitmen sebegini diteruskan, rakyat terbanyak akan mendapat manfaat daripada projek pembangunan dirancang itu,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu katanya, dengan perkembangan ini juga, bandar-bandar utama dan sekitar akan tumbuh pesat, seterusnya, dapat meyakinkan pelabur dengan penyediaan pembangunan infrastruktur yang lengkap.

Projek ECRL akan diteruskan dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion. Kos pembinaan fasa 1 dan 2 ECRL berjaya dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion berbanding kos asalnya pada RM65.5 bilion.

Pengurangan kos dicapai selepas Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memeterai Perjanjian Tambahan (SA) dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

Jajaran baharu akan melalui 20 stesen dari Kota Bahru ke Kuala Terengganu, Kuantan, Mentakab dan melalui Jelebu, Bangi/Kajang, Putrajaya Sentral dan ke Pelabuhan Klang.

Ia akan melalui lima negeri dan Wilayah Persekutuan Putrajaya berbanding empat sebelum ini, yang akan membolehkan lebih banyak negeri memperoleh manfaat limpahan ekonomi.


MR :  Selepas umum teruskan ECRL ringgit Malaysia meningkat... kenapa selama ini bodoh nak fikir


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Kerajaan sepatutnya lebih baik meminta bantuan kerajaan cina untuk membina lebuhraya pesisir pantai Kelantan,Terengganu,Pahang melalui jajaran Kelantan Grik dan juga laluan Karak. Kepakaran cina tanpa menarah gunung,bukit atau menimbus paya boleh dikongsi.Projek ECRL hanya akan menjadi projek gajah putih, memandangkan bilangan rakyat negara ini tidak padat dan mereka lebih menyukai lebuhraya kerana rakyat lebih suka memandu sendiri.

    BalasPadam