Header Ads

ads header

Flash News

Najib sokong perbicaraannya disiar secara langsung


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyokong sepenuhnya siaran langsung perbicaraannya berdepan 7 tuduhan berkaitan SRC International pada Rabu.

Najib memberitahu FMT: “Saya akan menyokong siaran langsung kerana ia akan membantu ketelusan. Rakyat mempunyai hak untuk tahu kebenaran.”

Bekas perdana menteri itu berdepan 7 tuduhan pengubahan wang, pecah amanah dan salah guna kuasa berhubung dana mencecah RM42 juta milik SRC International, yang ketika itu anak syarikat 1MDB.

Rakyat kembali berminat dengan idea siaran langsung perbicaraannya selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi.

Satu petisyen dalam talian yang dilancarkan 9 bulan lalu meraih 34,901 tandatangan pada 9 malam tadi. Penganjur berharap ia dapat mengumpul 35,000 tanda tangan.

Antara yang mendesak perbicaraan Najib disiarkan secara langsung adalah aktivis, Fahmi Reza, salah seorang pengkritik ahli Parlimen Pekan itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo sebelum ini menolak cadangan menyiarkan perbicaraan Najib.

Beberapa pengamal undang-undang memberi amaran siaran langsung boleh menjejaskan integriti prosiding.

Mahkamah Tinggi akan mulakan pendengaran pada 3 April ini.


MR :  Ada PH berani?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Saya sangat berharap perbicaraan ds najib disiarkan secara langsung. Rakyat harus mengetahui adakah benar ds najib bersalah atau ianya hanya semata2 rekaan kerajaan tun m dan dapph sengaja mereka2 pertuduhan palsu. Pkr dan anwar tentu masih segar dlm memori mereka bagaimana anwar terperosok dlm penjara. Ikut mahkamah, anwar adalah al juburi hakiki, tetapi pada pendokong reformasi anwar mangsa fitnah tun m yg mereka menentang habisan2 sebelum ini. Sekarang mereka angkat tun m jadi pm yg saya yakin,,tun m akan gamekan anwar buat kali ke 2.

    BalasPadam
  2. Setuju dan sokong 100%. Jangan pula nanti kerajaan PH kata tak boleh buat live sebab2 yg tertentu. Kalau tak jadi dah sah kerajaan PH pengecut takut kebenaran terbongkar

    BalasPadam