Header Ads

ads header

Flash News

Inilah Pas Yang Saya Jumpa


Malam ini Ijtimak Tarbawi PAS di Kg Sentosa, Maran. Beberapa 'orang besar' PAS kawasan ini kelihatan hadir. Duduk menghadap guru mereka dengan tawadhuk.

Guru mereka tidaklah setinggi mursyidul am maqamnya. Hanya ustaz biasa. Namun mereka hadir menadah telinga mendengar buah butir nasihat dan ilmu yang disampaikan sang murabbi itu.

PAS menghendaki ahlinya menguasai ilmu dan kefahaman Islam buat bekal perjuangan ini. Setiap orang yg menyertai PAS sewajarnya sedia ditarbiyah dan dibimbing.

Setinggi mana pun jawatan seseorang pimpinan PAS mereka perlu bersedia ditarbiyah dan 'dididik'. Mereka perlu sertai usrah, ijtimak, tamrin dan sebagainya.

Di dalam usrah mereka membaca ma'thurat dan ayat2 suci Al Quran. Menekuni hadis dan sirah. Membina fikrah dan kefahaman dalam berjuang.

Perjuangan PAS bukan sekadar untuk berpencak silat di pentas pilihanraya. Bukan setakat menggantung bendera. Perjuangan PAS juga membina jiwa dan akhlak. Aqidah dan ibadah.

Muka2 yang hadir malam ini membuktikan biarpun mereka punya jawatan yang agak tinggi di dalam jamaah, mereka tetap dahagakan ilmu dan bimbingan.

Yang duduk menghadap guru itu (berdasarkan gambar) ialah YDP PAS kawasan (no 1). Beliau juga mantan calon pilihanraya bagi Parlimen Maran. Turut memegang jawatan penting di peringkat negeri dan pusat.

Boleh sahaja beliau mengelak untuk hadir dengan memberikan alasan tertentu. Tetapi beliau tidak cuba mengelak diri. Beliau hadir dari awal dan duduk sehingga majlis berakhir.

No 2 itu pula berjawatan Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang. Seorang hafiz Al Quran dan menguasai ilmu-ilmu Al Quran. Lama menuntut ilmu di Syria dan Mesir. Sedangkan yang memberikan kuliah lebih rendah jawatannya.

No 3 ialah Adun Chenor. Seorang yang mahir dalam ilmu hadis. Bertahun2 menuntut ilmu di Pakistan dan Yaman. Penceramah tersohor serata negara. Namun terus istiqamah di hadapan guru.

No 4 mantan calon pilihanraya Dun Kuala Sentul. Bekas seorang pengurus bank. Seorang usahawan yang berjaya. Namun segala ketinggian yang dimiliki tidak menghalangnya dari menadah ilmu dengan tuan guru.

No 5 mantan calun Parlimen Rompin. Berkelulusan Jordan. Memiliki maahad tahfiz sendiri. Juga pengerusi sebuah masjid yang aktif. Khusyuk mendengar taujihat sang murabbi.

No 6 (belakang kamera) ialah Adun Luit. Berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam. Seringkali mewakili negara ke pelbagai persidangan di luar negara. Namun tetap meluangkan masa mendengar tunjuk ajar dan nasihat sang murabbi.

Sang murabbi itu pula datang bukan untuk mengampu dan mengipas sang YB. Bahkan sebaliknya memberikan tunjuk ajar, menegur dan menasihat para YB dan bakal YB.

"Yang berhormat jangan sibuk nak beli kereta besar. Jangan sibuk nak tambah isteri dan sebagainya sepanjang menjadi YB. Rakyat melihat kelaku YB. Ia bukan benda haram. Tetapi YB wajib memelihara diri dari oerkara yang menyebabkan jamaah menjadi sasaran fitnah."

"YB adalah berdosa besar jika sengaja menyebabkan jamaah Islam ini terfitnah disebabkan angkara mereka."

Demikian antara nasihat sang murabbi, Al Fadhil Ustaz Che Zuhar Che Harun. YB2 dan pimpinan yang hadir hanya mengangguk tanpa membantah.

Beginilah secebis bentuk tarbiah dalam PAS. Inilah budaya yang dibawa oleh PAS. Budaya tarbiah dan ilmu.

Sesiapa yang menyertai PAS, tetapi nak bawa budaya lain biasanya mereka akan cepat tersungkur apabila tersadung akar dan banir.


FB
Aris Hazlan Ismail

MR :  Mengoga Allah berkati tuan dan istiqamah pada jalan perjuangan yang benar


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Orang PAS ni selalu diperlekeh olh makhluk tapi darjat dan kemuliaannya diangkat oleh ALLAH.Carilah redha Allah bukan redha DAP(seperti Balaci PAN)

    BalasPadam