Timbalan Menteri DAP dan Isteri mengamuk 'kantoi' guna aset Jabatan Perhutanan Pahang
Selepas ‘kantoi’ dua lelaki memakai baju parti politik Pakatan Harapan menggunakan kenderaan kerajaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kini tular pula video Tengku Zulpuri Shah Raja Puji Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli mengamuk kepada sekumpulan penyokong BN kerana mendedahkan salahlaku PH menyalahgunakan kenderaan jabatan.
Sebelum ini Fuziah Timbalan Menteri JPM menafikan PH menggunakan jentera kerajaan dalam kempen PH.
Dilaporkan penyokong BN sebelum ini bertindak menahan pacuan empat roda itu dan menanggalkan logo PH di badan kereta bagi membuktikan bahawa kenderaan tersebut adalah milik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Dalam rakaman video itu, Tengku Zulpuri mengakui mereka (penyokong BN) ada hak untuk mencari bukti (PH salah guna harta kerajaan untuk berkempen) tetapi mereka tiada hak untuk menahan dan mengoyakkan bendera yang disifatkannya sebagai perbuatan kurang ajar.
"Cari (bukti) boleh, tapi awak tak boleh koyak macam gitu, awak tak boleh buat kurang ajar," katanya kepada salah seorang penyokong BN dalam video berkenaan.
Tambahnya lagi, mereka (penyokong BN) juga boleh ambil gambar kenderaan dan nombor pendaftaran untuk membuat laporan (kepada SPR).
Sumber memaklumkan terdapat 5 buah kenderaan jenis pacuan 4 roda dinaiki oleh jentera PH sebelum ini dibekalkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang atas tujuan kerja namun sebaliknya digunakan untuk kempen PH. Walaubagaimanapun satu kenderaaan itu telah ‘dikantoikan’.
Susulan itu Tengku Zulpuri bersama pengikutnya menyerang petugas BN itu. Sekalipun Timbalan Menteri itu berbuat salah beliau sedikitkan tidak menunjukkan rasa salah atau meminta maaf atas kekasarannya.
Mesyuarat dalam kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli pun isteri masuk. Hebat isterinya..
Apabila isteri jadi kaki kontrol suami. Ke mana suami pergi dia ikut dan campur kerja suami. Mengamuk pun isteri ikut sama dengan suami
Video itu juga menunjukkan Timbalan Menteri DAP itu meninggikan suara bertindak kasar dan dibantu isterinya Puan Aida Ross turut mengapikan suami dan sesekali 'acah-acah' menyerang petugas BN itu.
Kerana 'kantoi' Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak mengarahkan kerajaan negeri menarik balik kenderaan yang dipinjamkan kepada kerajaan Pusat sebelum ini.
Dr. Sallehuddin berkata, arahan penarikan balik kenderaan milik jabatan terbabit dikeluarkan bagi mengelakkan isu lebih besar.
Dua laporan polis telah dibuat oleh calon BN Ramli Mohd Noor berhubung salah laku penyalahgunaan jentera kerajaan itu dalam kempen PH di PRK Cameron Highland.
Sebelum ini di pejabat Timbalan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Tengku Zulpuri terkenal dengan sikap isterinya Puan Aida Ross yang mencampuri urusan kerja suaminya di kementerian kini dalam episod Tengku Zulpuri menyerang petugas BN Puan Aida Ross juga terlibat.
Salah satu sikap campurtangan isteri Timbalan Menteri ini dalam kerja suami. Kadang dia masuk dalam mesyuarat kementerian seperti punya kuasa
Tukang tampal bendera di kenderaan Jabatan Perhutanan lagi...isterilah arah suami
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan