Header Ads

ads header

Flash News

Tangguh harga petrol helah kerajaan kaut untung


Penetapan mekanisme harga runcit petrol dan diesel perlu dibuat secara teliti supaya pengguna dan pengusaha stesen minyak tidak berhadapan masalah yang tidak sepatutnya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, had harga maksimum petrol patut direndahkan lagi berbanding RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 bagi diesel.

Katanya, had harga ini penting supaya beban kos sara hidup rakyat tidak bertambah di samping mengelak berlakunya peningkatan mendadak Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHP).

“Kerajaan juga mesti mengehadkan kadar kenaikan harga runcit bahan api ini (dicadangkan maksimum 15 sen seliter) supaya pengguna tidak mengalami kesan perubahan perbelanjaan yang mendadak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Khairuddin turut mempersoal keputusan kerajaan menangguhkan lagi penurunan harga runcit petrol dalam pasaran yang sepatutnya bermula hari ini.

Beliau mendakwa, penangguhan ini jelas menunjukkan kerajaan mahu mengaut keuntungan daripada rakyat dengan membuat helah.

“Sejak diumumkan dalam Bajet 2019 pada awal November lalu, kenapa baru sekarang kerajaan mahu mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bagi memuktamadkan isu ini, sedangkan PDAM adalah antara pemegang taruh yang utama.

“Berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS) dan APM (Mekanisme Harga Automatik), sepatutnya sejak awal Disember lalu RON95 dijual pada harga RM1.90 seliter. Ini bermaksud, dengan mengekalkan bahan api ini pada harga RM2.20 seliter, kerajaan mengaut untung sebanyak 30 sen bagi setiap liter daripada pengguna.

“Menjelang tahun baharu, sekali lagi pengguna diminta terus menanggung ‘subsidi’ untuk kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan, mesyuarat Kabinet akan diadakan esok bagi menentukan harga petrol dan diesel.

Beliau dilaporkan berkata, kerajaan sedia menurunkan harga minyak mengikut harga minyak dunia, namun perlu melihat permintaan pengusaha stesen minyak.

MR :  Dasar mengkhianati rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan: