Header Ads

ads header

Flash News

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mungkin jadi Agong?


Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini akan disusuli dengan pemilihan ketua negara baru buat Persekutuan Malaysia.

Sumber memberitahu bahawa Majlis Raja-raja akan bermesyuarat esok untuk membincangkan perkara itu, tetapi tidak jelas sama ada keputusan akan dibuat secara segera.

Pada masa ini, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah - yang juga timbalan Yang di-Pertuan Agong - akan menjadi pemangku Yang di-Pertuan Agong.

Mengikut konvensyen, Agong dipilih berdasarkan sistem penggiliran setiap lima tahun.

Menurut senarai, giliran seterusnya adalah Pahang. Namun Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah tidak sihat dan takhta kini dipangku anaknya Tengku Abdullah.

Dari satu sisi, situasi ini mempunyai persamaan ketika giliran Kelantan. Pada masa itu, bapa Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra juga tidak sihat.

Bagaimanapun, sumber yang arif tentang perkara ini memberitahu Malaysiakini bahawa perbezaan utama adalah ketika giliran Kelantan, Sultan Muhammad V sudah pun menjadi sultan Kelantan.

Sultan Ismail Petra mengalami serangan jantung pada 2009 dan Sultan Muhammad V diangkat menjadi sultan.

Tengku Abdullah pula hanyalah pemangku dan bukan sultan secara rasmi.

Jika Majlis Raja-raja memutuskan ia tidak boleh memilih Yang di-Pertuan Agong baru dari Pahang, giliran seterusnya adalah Johor yang diperintah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Negeri selepas Johor adalah Perak.

Sumber itu berkata jika proses pemilihan berjalan lancar, Yang di-Pertuan Agong baru akan ditabalkan pada April ini.

MR :  Jika Johor menjadi Agong, rasanya sakitlah PH terutama atok


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Harap-harap biar Sultan Johor naik jadi agong. Kita tgk macam mana PH nak beraksi.

    BalasPadam
  2. Biasalah Atok akan gunakan Rule of Law dan dikuatkan lagi dengan sokongan peguam negara

    BalasPadam