Header Ads

ads header

Flash News

Sila duduk dan jangan lari


Inilah antara gelagat DYMM Sultan Muhammad V yang akan dirindui Rakyat semasa tempoh pemerintahan Baginda sebagai YDPA. Baginda amat terkenal dengan sifat lemah lembut, suka berjenaka dan membuat orang disekelilingnya ketawa dengan jenaka-jenaka Baginda. Tuanku Sultan Muhammad V merupakan Raja yang peramah, tidak mementingkan kebesaran, dan tidak pernah membezakan dirinya dengan rakyat jelata.

Baginda juga terkenal dengan sifat mesra rakyat dan raja yang berjiwa rakyat. Patek sekalian seluruh rakyat Malaysia merasa sungguh hiba dan sedih diatas keputusan Tuanku untuk meletakkan jawatan sebelum tempoh yang sepatutnya. Patek sekalian menghormati keputusan Tuanku ini walaupun terpaksa menerimanya dengan rasa yang penuh hiba dan kecewa. Rakyat berharap Tuanku akan sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T Dan dapat meneruskan tugas Tuanku sebagai Sultan Negeri Kelantan Darul Naim. Rakyat akan terus menyokong dan memberikan sumpah taat setia kami kepada Tuanku. Dan kami menghormati setiap keputusan Tuanku termasuklah keputusan Tuanku untuk tidak menghebah-hebahkan perkahwinan Tuanku di khalayak ramai. Sesungguhnya perkahwinan itu adalah jodoh Dan rahsia ketentuan Allah, maka siapalah patek sekalian untuk mempertikaikan jodoh Tuanku. Patek sekalian mendoakan perkahwinan ini bahagia hingga ke anak cucu.

Raja Berperlembagaan adalah satu kelangsungan pemerintahan beraja. Kelangsungan yang dianggap ketinggalan zaman dalam kalangan setengah pihak yang rabun sejarah, lalu melakukan tafsiran dangkal, memilih untuk tidak mahu mengakui dan kurang mahu mendalami salasilah serta falsafah di sebalik institusi ini.

Kebelakangan ini, institusi yang sepatutnya dihormati berhadapan cabaran. Wujud pihak dan individu tertentu yang cuba mencanai persepsi negatif mengenai institusi Raja yang disebarkan melalui media sosial. Individu yang mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-Raja Melayu melalui media sosial amat ramai di negara kita. Demikian juga gelagat sesetengah ahli politik yang semakin melampau sehingga sanggup mengheret institusi Raja dalam kancah politik kepartian. Junjung kaseh Tuanku diatas khidmat Tuanku.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

FB
Lokman


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan