Selepas beg sekolah, kini baju sekolah berlabel nama Adun Jeram
PETALING JAYA: Selepas dikritik menyumbang beg sekolah yang dicetak gambarnya, kini Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli tampil dengan pakaian seragam sekolah yang berlabelkan nama pemimpin PPBM itu.
Katanya, terpulang kepada masyarakat untuk menilai sumbangan baju seragam sekolah berlabelkan “Sumbangan YB Shaid Rosli” kerana lebih penting ialah niatnya membantu keluarga kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
“Pagi ini saya menyerahkan sumbangan pakaian sekolah di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 sebanyak 1,600 helai. Jumlah keseluruhan yang akan kita edarkan di semua sekolah DUN ini adalah 10,000 helai.
“Ada 10 sekolah rendah akan menerima manfaat ini. Pihak kami akan membekalkan baju kemeja untuk murid lelaki dan baju kurung untuk murid perempuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shaid Rosli menempah 10,000 helai baju seragam sekolah yang tertera namanya untuk diedarkan ke semua sekolah di DUN Jeram.
Minggu lalu, Shaid dikritik pengguna media sosial selepas menyampaikan sumbangan beg sekolah memaparkan gambarnya yang dianggap mencontohi pendekatan Barisan Nasional (BN) dahulu.
Pada 7 Januari lalu, Shaid menjelaskan berlaku salah faham antara pihaknya dengan pencetak kerana beliau tidak berniat mencetak gambarnya pada beg sekolah itu.
“Sebenarnya, beg ini saya tempah di China. Tempahan ini sudah lama, saya tempah sejak 4 bulan lalu. Lain yang kita harapkan, lain pula beg sekolah yang sampai. Jadi, apabila benda sudah sampai, maka kita beri jugalah,” katanya minggu lalu.
Hari ini, Shaid berharap sumbangan baju sekolah itu dapat meringankan beban penduduk berpendapatan rendah, walaupun wakil rakyat tidak menerima peruntukan khusus untuk sekolah, sebaliknya peruntukan yang ada hanya untuk rakyat yang dibahagikan kepada pembangunan, sumbangan serta program.
“Saya mahu pastikan kebajikan dan fasiliti sekolah di DUN Jeram (mencukupi). Minggu depan saya akan berjumpa dengan pegawai khas menteri pendidikan bagi memanjangkan permasalahan dihadapi warga pendidikan di sini, termasuk isu kekurangan meja, kerusi dan sebagainya.
“Saya akan adakan satu mesyuarat antara semua pengetua, guru besar, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) bersama pegawai pendidikan daerah. Sebagai wakil mereka, saya bertanggungjawab memastikan keperluan sekolah mencukupi.”
MR : PH makin giler.. lebih buruk daripada BN
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan