Header Ads

ads header

Flash News

Salib dan No.4: Mana lebih ditakuti?


TIMBUL isu salib tempoh hari mengundang pelbagai sindiran dari banyak pihak. Apa yang menjadikan isu ini menjadi tular adalah lebih kepada soal kebimbangan sesetengah pihak terhadap agenda Kristianisasi. Ia bukan soal simbol salib semata-mata.

Di dalam keadaan isu ini tular, terkait pula dengan satu isu berkenaan fobia kepada angka 4 yang sudah sinonim dengan kepercayaan masyarakat Cina. Sebenarnya ada apa dengan angka 4 ini?

Di dalam kepercayaan masyarakat Cina, mereka memiliki kepercayaan kepada kata-kata membawa doa. Dari hal itu muncul kepercayaan bagi setiap perkataan yang sebutannya mirip dengan sesuatu nama kepada benda baik maka ia juga akan dianggap baik dan begitu di sebaliknya.

Sebagai contoh pekataan buku di dalam bahasa Cina disebut Shū (书) yang juga dekat dengan perkataan kalah yang disebut Shu (输). Oleh kerana perkataan buku Shū itu memiliki konotasi yang hampir sama dengan perkataan kalah maka timbul kepercayaan yang setiap kali pertandingan tidak boleh membawa buku kerana ia akan membawa kekalahan. Begitu juga ketika berjudi, mereka pantang ada buku kerana menganggap mengundang kekalahan.

Konsep ini secara mudahnya diistilahkan seperti ‘bertawasul’ kepada nama benda. Bukan kepada inti benda itu tetapi oleh kerana namanya memiliki hampir persamaan dengan maksud-maksud tertentu yang mereka kehendaki. Jika konotasi itu berbunyi dekat dengan perkataan baik maka ia dianggap tuah.

Hal ini berlaku antaranya disebabkan masyarakat Cina memiliki penyebutan perkataan yang hampir dekat di antara satu sama lain. Di atas sebutan pinyin satu-satu perkataan jika intonasinya berbeza maka ia boleh berubah kepada maksud lain walau bunyinya hampir sama. Perkara ini tidak berlaku di dalam bahasa Melayu dan Inggeris kerana konotasi perkataan bagi setiap sesuatu benda itu memiliki sebutan yang agak berbeza dengan kaya penyebutannya.

Angka 4 Mati!

Secara asasnya masyarakat Cina amat mengambil berat mengenai angka kerana bagi mereka angka memiliki eleman positif dan negatif bergantung kepada nama angka tersebut. Hal ini tergolong dalam kategori membawa tuah dan nasib.

Mereka mempercayai bahawa setiap angka memiliki maksud tersendiri kecuali angka 1 yang tidak memiliki apa-apa penafsiran. Dalam banyak-banyak angka, angka yang dianggap negatif satu-satunya adalah angka 4. Mereka mempercayai bahawa angka 4 adalah angka yang membawa sial dan memiliki elemen yang negatif.

Ini kerana mereka mempercayai bahawa angka sì (四)=4 ia mempunyai bunyi yang sama dengan 死 ( sǐ ) yang membawa maksud mati, nombor empat telah menjadi nombor malang bagi budaya orang Cina, Jepun, Korea dan Vietnam. Berlainan pula dengan angka bā (八)= 8 mempunyai bunyi yang sama dengan (fā) yang membawa maksud kemewahan. Dalam dialek Cantonese pulak, bunyi bā disebut sebagai ‘baat’ dan sama bunyinya dengan ‘faat’ yang bermakna masa depan yang cerah.

Tetraphobia

Punca dari perkataan yang memiliki konotasi yang hampir sama, hal ini menimbulkan satu fobia di kalangan masyarakat Cina, Jepun, dan Korea terhadap angka 4. Fobia ini dikenali sebagai tetraphobia.

Sebab itu jika kita melihat di dalam bangunan tinggi seperti kompleks, pejabat, hotel, kondominium, kebiasaan di tingkat 4, 14, 24 dan lainnya akan diganti dengan 3A, 13A, dan 23A. Hal ini untuk mengelak nasib malang dari konotasi angka tersebut. Walaupun tukar kepada nama 3A tetapi realitinya tetap berada di tingkat 4.

Kesimpulan

Di dalam Islam tidak ada kepercayaan kepada angka boleh membawa sial. Boleh baca di kajian Irsyad Fatwa dari pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).”
(al-Talaq: 3)

R&D Team Multiracial Reverted Muslims
Sumber: fb Firdaus Wong Wai Hung (Official)


MR :  Tapi malangnya geng IKRAM pertahankan perkara ini


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan