Header Ads

ads header

Flash News

Penyanyi rap tuntut wang dirampas dalam siasatan 1MDB


Seorang penyanyi kumpulan rap era 90-an cuba mencabar tindakan kerajaan Amerika Syarika merampas AS$37.5 juta daripada akaun bank milik dalam siasatan berkaitan 1MDB, lapor laman web hiburan, The Hollywood Reporter.

Prakazrel Samuel Michel, atau lebih dikenali sebagai Pras dari kumpulan Fugees, memfailkan tuntutan ke atas duit itu di mahkamah persekutuan Washington D.C pada Isnin.

Pendakwaraya memfailkan aduan pelucuthakan terhadap AS$37.5 juta itu pada November.

Menurut aduan itu, ahli perniagaan kontroversi yang dikehendaki pihak berkuasa, Low Taek Jho cuba menyalurkan puluhan juta dolar ke AS yang berhubung dengan satu kempen melobi. Low didakwa menggunakan Michel sebagai laluan untuk pengubahan wang.


Pendakwaraya berkata Low cuba melobi pegawai-pegawai tinggi kerajaan AS untuk mempengaruhi siasatan terhadap Low dan aset-aset 1MDB.

Michel didakwa mengambil wang Low dan atas arahannya, membuka beberapa akaun di institusi-institusi kewangan.

“Sumber sebenar dana itu dan tujuannya tidak didedahkan kepada bank-bank berkenaan dan secara aktif disembunyikan daripada pengetahuan mereka,” kata aduan itu.

Pendakwaraya mendakwa Michel mengagihkan wang itu kepada pelbagai individu dan entiti untuk memudahkan satu kempen melobi yang mewakili kepentingan Low, serta warga asing dan entiti lain, di AS.

Michel sekarang ini mengisytiharkan dirinya pemilik sah wang itu dan berkata hak ke atasnya tidak boleh dilucutkan.

Tuntutan itu mendakwa pendakwaraya gagal menunjukkan harta itu hasil kutipan daripada aktiviti yang katakan itu atau digunakan untuk mempromosi, mengendalikan, atau memudahkan aktiviti itu.


“Michel adalah pemilik harta yang tidak bersalah dan tidak tahu tentang kelakuan atau keadaan yang menyebabkan pelucuthakan,” katanya.

Tuntutan itu dilapor mungkin berbahaya buat Michel kerana pendakwaraya mungkin belum selesai mencari lebih banyak lagi tuduhan jenayah.

Dua tahun lalu AS melaksanakan tindakan pelucuthakan terbesar dalam sejarahnya terhadap aset bernilai AS1 bilion yang dikaitkan dengan penggelapan dan pelencongan dana 1MDB.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan