Header Ads

ads header

Flash News

Penipuan pemilihan, ROS bakal bubar PKR


KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bakal menggantung Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana telah berlaku penipuan di dalam pemilihan partinya baru-baru ini.

Perkara ini didedahkan oleh Azman Noor Adam di akaun facebook miliknya yang tersebar di media sosial.

Menurut Azman yang juga adik kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam, ROS bakal menggantung pendaftaran PKR kerana pemilihan parti itu dipercayai penuh dengan kekecohan dan penipuan.

Azman yang mendakwa menerima maklumat dari sumber dalaman berkata, dengan penggantungan parti itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi lemah dan sekaligus membantutkan peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Azman turut mendakwa sejurus selepas digantung, sebahagian Ahli Parlimen PKR yang berbangsa Melayu bakal melompat masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad manakala Ahli Parlimen yang berbangsa Cina dan India pula akan melompat masuk ke Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang kini memiliki kerusi kedua terbanyak di dalam Pakatan Harapan (PH).

Maklumat ini dikatakan mempunyai asasnya dengan realiti pelbagai kepincangan yang telah berlaku ketika pemilihan PKR tempoh hari.

Sebelum ini beberapa individu telah ditahan ketika berlangsungnya pemilihan PKR dengan pelbagai kesalahan seperti bergaduh dan merusuh, meminta dan memberi rasuah, sabotaj dan penipuan.

Jika terbukti berlaku penipuan, tidak mustahil ROS akan menggantung bahkan parti itu mungkin berdepan dengan tindakan yang lebih berat seperti dibubar. – AbuLeman


MR :  Kini anjing-anjing sedang berubut tulang.. cakar mengcakar gigit mengigit antara satu sama lain


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Setakat ini tiada mana mana parti di Malaysia dapat menandingi PAS dari aspek bersih, ketertiban pemilihan pemimpin,tiada berita pecah kepala,baling kerusi,saman menyaman,beli undi dan sebagainya. Tidak malukah puak puak PH kepada parti tok lebai?? ..nak kata ahli parti PAS ni tak cerdik atau kurang berilmu...banyak dari pemimpin atau para pengikut PAS punya gelaran seperti professor,doktor,ada ijazah...
    Nampak sangat PH atau BN hanya pentingkan tembolok sendiri..

    BalasPadam
  2. kah kah kah aku dah agak dah. impian hanya tinggal impian. cita2 utk DSAI menjadi PM hampi 99.9% akan tidak kesampaian.

    BalasPadam