Header Ads

ads header

Flash News

Pecat kerana baca qunut, jemaah kata Asri bohong


KANGAR: Imam-imam yang dipecat pihak berkuasa agama Perlis baru-baru ini dipecat kerana membaca qunut semasa solat Subuh, membaca Yasin pada malam Jumaat dan membaca doa secara kuat selepas solat fardhu, kata sekumpulan jemaah masjid yang menunjuk perasaan hari ini.

Hampir 200 orang menunjuk perasaan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Kampung Guar Syed
Alwi, Kangar, Perlis




Mereka mendakwa Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin tidak bercakap benar tentang pemecatan 25 orang imam di serata negeri pada Selasa.

“Sila nyatakan dengan jelas bahawa imam-imam ini dipecat adalah kerana mereka mengamalkan bacaan bismillah secara jelas sebelum al-fatihah, membaca qunut pada solat Subuh, membaca Yasin pada malam Jumaat serta berzikir dan membaca doa kuat selepas solat fardhu,” kata jurucakap himpunan, Zainol Abidin Ahmad.

Mereka membawa kain rentang tertera “tukar mufti bukan tukar imam” sambil melaungkan bantahan terhadap pemecatan itu.

Satu kain rentang turut tertulis “Biar tak ada orang di masjid, janji ikut mufti”.



Penunjuk perasaan berkata imam mereka dipecat kerana antaranya membaca qunut semasa solat Subuh.

Mereka mendesak Asri jangan berselindung sebalik Istana Perlis dan tampil menerangkan perkara sebenar, kerana tidak boleh terima alasan khidmat imam-imam berkenaan ditamatkan atas faktor usia, suka berpolitik dan tidak berdisiplin.

Tunjuk perasaan yang bermula pada 2.30 petang tadi itu berlangsung secara aman dan bersurai 30 minit kemudian. Keselamatan dikawal polis.

Himpunan ini menyusuli laporan 25 orang imam di Perlis dipecat dan lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain.

Exco Agama Islam Perlis, Ruzaini Rais berkata tindakan terhadap imam-imam berkenaan di luar bidang kuasa kerajaan negeri, dan bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Surat pemecatan dan pertukaran imam-imam terbabit bertarikh 31 Disember lepas ditandatangani oleh pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Hazman Hassan.


MR :  Susah apabila ada nak buat cara sendiri tanpa muafakat dalam masalah agama


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Maza mengajar menghormati mazhab tapi di masa yang sama menentang mazhab yang konon nya tak mengikut sunnah pada pandangan beliau. Dalam 4 mazhab beliau pilih mana dalil yang kuat ikut kefahaman beliau dan timbul mazhabiasri. Allah hu alam.

    BalasPadam
  2. Please lah wahai orang yg berpendidikan agama di Perlis , isu doa qunut, baca yasin malam jumaat, bacaan bismillah ayat fatihah telah disepakati oleh Ustaz Ustaz adalah soal khilafiah dan remeh.
    Perbezaan ini tidak perlu di perbesarkan. Banyak lagi agenda Islam yg perlu diketengahkan dan di perjuangkan sehingga DAP sekarang sangat berkuasa untuk menghakis dan menghalang agenda islam di tanah air kita.

    BalasPadam