Header Ads

ads header

Flash News

“Panas Bont0t La Tu” – Terengganu Buka Hotel Patuh Syariah Terus Dapat Kec4man Pelbagai Pihak


Baru – baru ini kerajaan negeri Terengganu memperkenalkan hotel baharu iaitu Paya Bunga Hotel yang memperkenalkan prinsip patuh syariah pertama.

Kerajaan Terengganu memperkenalkan hotel patuh syariah pertama bertaraf 4 bintang yang menampilkan aspek pengurusan dan perkhidmatan yang lebih bercirikan Islam.

Pengerusi Lembaga Pengarah Paya Bunga Hotel Terengganu, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, hotel milik kerajaan negeri itu merupakan yang pertama diumumkan sebagai patuh syariah, yang bukan hanya melibatkan penyediaan makanan halal, tetapi merangkumi pengurusan hotel berlandaskan hukum syarak.

“Patuh syariah ini bertujuan menjadi identiti dalam semua aspek pekerjaan. Begitu juga hotel yang patuh syariah bermaksud segala aktiviti hotel berlandaskan hukum syarak.



“Ia bukan hanya melibatkan minuman halal dan haram tetapi melibatkan aspek pengurusan hotel, pengurusan akaunnya, kewangan, sumber manusia, pekerjaan, pakaian, layanan serta perkhidmatan kepada pelanggan.

“Pihak hotel turut meyediakan tempat salat berjamaah di surau dan kuliah oleh ustaz yang dilantik,” katanya kepada FMT sambil memberitahu kerajaan turut melantik ketua eksekutif syariah yang akan melapor terus kepada pengerusi bagi memastikan perjalanannya lancar.

Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, beberapa hotel lain milik kerajaan negeri juga mengamalkan patuh syariah tetapi tidak diisytiharkan secara terbuka.

Pekerja tutup aurat, larang arak, bikini

Khairuddin berkata, ciri patuh syariah lain yang diterapkan, termasuklah memastikan pekerja Muslim menutup aurat serta tidak menghidangkan minuman keras.

“Pekerja wanita yang beragama Islam kita minta supaya menutup aurat dan kita juga tidak menghidangkan minuman keras,” katanya.

Khairuddin berkata, pihak pengurusan tidak mendiskriminasi pekerja bukan Islam yang mahu bekerja di hotel tersebut.



“Kita menerima pekerja bukan Islam untuk bekerja, tidak ada masalah jika mereka layak dan bersedia mematuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Selain itu katanya, pelanggan juga tidak dibenarkan berbikini semasa melakukan aktiviti terbuka, termasuklah ketika berada di kolam renang, walaupun orang bukan Islam dibenarkan berpakaian biasa yang sopan.

“Pelanggan bukan Islam bebas berpakaian macam biasa mengikut cara mereka, cuma kita tidak benarkan mereka berbikini, mesti berpakaian sopan.

Beliau berkata, pihak hotel juga tidak memaksa pelanggan wanita beragama Islam memakai tudung, walaupun mereka dilarang berpakaian menjolok mata.

“Pakai sesuai dengan budaya Timur, kita tidak paksa mereka pakai tudung sebab itu hak mereka,” katanya merujuk kepada aktiviti di kolam renang.

Katanya, orang bukan Islam tidak perlu bimbang dengan pendekatan patuh syariah yang dilaksanakan kerana ia tidak bermaksud seseorang itu perlu memeluk agama Islam, malah mereka dialu-alukan untuk menikmati hospitaliti hotel yang patuh syariah sepenuhnya.

“Kita mengalu-alukan orang bukan Islam menikmati hospitaliti di sini sebab patuh syariah kita adalah terbaik untuk semua golongan, bukan orang Islam sahaja,” katanya.



Dalam perkembangan sama, Khairuddin berkata, pendekatan patuh syariah tidak melibatkan hotel persedirian dan pemilik boleh menggunakan acuan mereka sendiri selaras dengan undang-undang dan peraturan ditetapkan kerajaan negeri.

Patuh syariah yang dimaksudkan adalah dari semua aspek, termasuk perkhidmatan, layanan, pemakaian, penampilan dan sebagainya. Antara lain adalah, ketika berada di kolam renang hotel ini, tetamu lelaki dan wanita dikehendaki memakai pakaian menutup aurat.

Dilaporkan juga, bahawa hotel itu juga akan mengawal selia status makanan halal restorannya, memastikan pasangan yang menetap dalam satu bilik merupakan pasangan yang berkahwin, dan mempunyai sistem pembesar suara yang akan melaungkan azan ketika masuk waktu.

Ini adalah satu usaha baik untuk memenuhi keperluan orang Islam yang sering berkonflik dengan pengurusan – pengurusan hotel yang tidak mesra Islam, di samping membuka ruang menjana ekonomi.

Namun ternyata usaha ini diperli, dicaci dan dimaki oleh banyak rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, dilihat jelas menerusi komentar mereka di media sosial.


Fikiran tersangat jumud puak lagi satu

“Kalau Berani, Kutuklah Melayu dan Muslim di Hadapan Mereka!”
Cacian dan makian tersebut ternyata menggambarkan sikap biadap dan hipokrasi sebahagian bukan Islam di tanah air yang selama ini bermanis muka dengan orang Islam dan Melayu, tetapi menghina mereka di media sosial. Hal ini disuarakan oleh Firdaus Wong yang mendedahkan sikap mereka sebagai perencat keharmonian sosial yang kita kecapi selama ini:

” Apabila kerajaan Terengganu memperkenalkan hotel patuh syariah, ini merupakan hak dan strategi perniagaan mereka. Untung rugi, mereka bertanggungjawab.

Siapa yang berminat dengan konsep hotel patuh syariah, mereka boleh duduk di situ. Bagi yang tidak berminat dengan hotel patuh syariah, ada hak memilih untuk tidak duduk di situ.

Namun yang kurang eloknya adalah apabila segelintir Belum Muslim pula yang lebih-lebih dalam komentar mereka? Bukan sahaja hotel patuh syariah mereka komen tetapi fatwa dan apa yang hanya berkaitan dengan Muslim pun mereka nak komen?

Anda mengelar Muslim sebagai ekstrimis dan racist bila Muslim mempertahankan agama mereka dari hinaan dan kutukan anda tetapi anda perlu melihat di cermin sikap anda yang sebenar.

Jangan sesekali disalahkan Muslim sahaja seolah-olah Muslim sahaja yang menimbulkan perselisihan dan suasana kurang harmoni kerana itu hanya segelintir sahaja daripada mereka tetapi anda juga perlu mencermin diri sendiri yang suka masuk campur urusan agama Islam. .

Dalam sosial media anda berani tetapi bila jumpa pelanggan Muslim menyembunyikan ‘kemunafikan’ anda bagai pihak semut tak mati.

Anda kutuk Muslim dan Melayu malas dan pelbagai lagi cacian dalam media sosial tetapi kenapa masih berurus niaga dengan Muslim yang membentuk majoriti pelanggan anda? Jikalau anda berani, katakan apa yang anda tulis dan kutuk tentang Islam & Muslim di media sosial di hadapan pelanggan Muslim & Melayu anda!

Anda pasti tidak berani kerana kutuk Muslim & Melayu tetapi masih mahu mengaut keuntungan dari Muslim & Melayu.

Sahabat semua, jangan membiarkan segelintir Belum Muslim yang bacul itu merencatkan hubungan baik kita dengan majoriti Belum Muslim yang baik dan jujur. Kita perlu bersikap objektif dalam menilai kerana itu ajaran Islam. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”




Sikap Hipokrasi Terserlah
Tindak balas segelintir bukan Islam di media sosial juga hakikatnya menampilkan sikap pendakwaan terpilih dan hipokrasi mereka.

ketika kecoh isu pekerja hotel bertudung tahun lepas, antara hujah yang digunakan adalah “buka hotel sendiri” dan “kalau kerja dengan orang, buat cara orang”. sekarang bila dibuka hotel sendiri diperli juga.

mohamad jamalee – the patriot

Begitu juga sebelum ini diumumkan bahawa Pulau Pinang akan miliki hospital patuh syariah pertama. Pengumuman ini rata – rata disambut baik dan menggambarkan ‘sikap terbuka’ kerajaan Pulau Pinang kepada ajaran Islam yang merupakan agama persekutuan.




Namun apabila dibuat oleh kerajaan Terengganu, lain pula penerimaannya.

Sumber :  LINK



MR :  Mereka tak suka lihat Islam naik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Puak kafir harbi adalah kepala bapak rasis yang bersikap hipokrit kerana mereka berpura-pura memperjuangkan hak kebebasan beragama tetapi pada masa yang sama mereka menindas dan menafikan hak agama Islam dan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu yang telah dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

    Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan (Malaysia)maka Malaysia adalah negara Islam . Jika puak kafir harbi menghina Islam dan umat Islam, ini bererti mereka telah melakukan jenayah kebencian (hate crime)dan jenayah perkauman dan menghina Perlembagaan Persektuan.

    Ini bererti puak kafir harbi ini telah menghina Perlembagaan Persekutuan dan Kontrak Sosial yang telah diperseutjui bersama maka mereka telah menjadi pengkhianat negara dan mereka tidak layak menjadi rakyat negara ini.

    Puak kafir harbi sangat memerlukan negara Malaysia untuk meneruskan agenda perkauman mereka dan penguasaan mereka ke atas budaya, ekonomi dan politik negara ini tetapi sebaliknya negara Melaysia tidak pernah memerlukan puak kafir harbi yang menjadi parasit ini. Hanya penjajah British yang memngimport puak kafir harbi ini ke Tanah Melayu untuk menjana kekayaan untuk British maka puak kafir harbi boleh berambus ke UK dan tanah jajahan British lain.

    Rakyat Malaysia akan hidup aman damai tanpa puak kafir harbi rasis yang yang menjadi kepala bapak hipokrit yang menyemai kebencian terhadap agama Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu. Puak kafir harbi ini adalah musang berbulu ayam, musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan yang sedang memusnahkan negara ini dari dalam.

    BalasPadam
  2. Tahniah teruskan jangan toleh belakang.

    BalasPadam