Muktamadkan Segera, Elak Anwar Berdepan Laluan Sukar Jadi PM – Penganalisis
KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan kesukaran sekiranya proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri tidak dimuktamadkan secara rasmi.
Walaupun bergelar presiden namun Anwar tidak mampu memperluaskan pengaruhnya kerana tiada dalam Kabinet dan malah tidak mampu melaksanakan perubahan yang besar dalam PKR.
Untuk itu penganalisis politik, Datuk B. Anbumani menjelaskan, sekiranya dalam masa dua tahun ini Anwar masih dibiarkan tanpa jawatan akan melemahkan imej Anwar selaku presiden.
“Anwar pastinya bakal berdepan dengan satu lagi perjalanan politik yang cukup sengit dan sama ada akan kekal dengan statusnya sebagai bakal Perdana Menteri atau sebaliknya hanya akan terjawab pada 2019.
“Imej Anwar perlu diperkasakan sebagai presiden parti dan beliau perlu diberikan peranan yang penting sebelum mengambil alih kepemimpinan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar walaupun ketika Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Kedua ada usul yang mahu beliau memanjangkan tempoh mengetuai kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberitahu sesuatu janji itu perlu dipegang dan ditepati.
Dalam pada itu, penganalisis politik, Azmi Hassan memberitahu, banyak perkara tersirat mengenai isu Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ketika berlangsungnya perhimpunan tersebut walaupun Dr. Mahathir menyuarakan kesediaan untuk menyerahkan jawatan.
“Kesediaan Perdana Menteri bergantung kepada kehendak rakyat malah beliau secara spesifik tidak pernah menyatakan akan menyerahkan tugas dalam masa dua tahun.
“Jadi jika dinilai usul dan kenyataan Dr. Mahathir dan ditambah masalah dalaman PKR maka dapat disimpulkan Anwar akan hadapi laluan sukar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri dalam jangka masa yang telah dipersetujui,”katanya. – UTUSAN
MR : Tak muktamad pun dah sukar
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
gantong tak bertali
BalasPadamAshik cerita Anwar jadi PM tak habis habis . Focus pada keperluan rakyat yg tak tentu arah hidup mengharapkan janji janji manis.
BalasPadam