Header Ads

ads header

Flash News

Mufti Maza cakap lain, Ahli kariah cakap lain. Siapa yang kelentong?


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Mufti negeri digesa memberi maklum balas terhadap pemecatan 25 imam masjid di negeri ini.

Setiausaha kariah Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Aisha Mat Akhir, 62, berkata rata-rata imam yang dipecat termasuk di kariahnya iaitu di Guar Syed Alwi kerana dikaitkan dengan amalan Mazhab Syafie.

“Isu imam-imam ini menyebarkan fahaman politik adalah tidak benar kerana lebih 20 tahun, imam ini telah berkhidmat di masjid-masjid kami, mengajar anak-anak muda ini berkaitan soal fardhu ain dan fardhu kifayah,” katanya kepada media di Kangar, hari ini.

Beliau ditemui selepas ratusan jemaah mengadakan demonstrasi aman di perkarangan masjid itu selepas solat Jumaat.

Mereka turut berhimpun secara aman dengan mengangkat sepanduk 'Tukar Mufti dan Pengarah Jabatan Agama Islam Bukan Tukar Imam’ dan ‘Pecat Imam Hanya Untuk Menuju Perlis Maju'.

Beri peluang anak muda

Seorang anggota kariah, Zainol Abidin Ahmad, berkata anggota kariah masjid ini mencabar Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberikan penjelasan kenapa imam-imam berkenaan ditamatkan perkhidmatan mereka.

Menurut Zainol Abidin, 69, imam-imam ini tidak pernah menyebarkan dakyah politik atau gagal menjalankan tugas dengan baik seperti tidak menghadirkan diri ke masjid dan sudah berusia seperti dakwaan Mufti.

Sebuah portal semalam melaporkan 25 orang imam dipecat dan lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain tanpa alasan melalui surat yang berkuat kuasa Selasa lepas.

Mohd Asri, bagaimanapun, tidak menyebut jumlah sebenar imam yang diberhenti atau ditukarkan tetapi berkata tindakan itu diambil kerana ada antara mereka tidak mampu membaca dengan sempurna ayat-ayat al-Quran dalam solat dan kemudian dikaitkan dengan masalah disiplin.

Ada juga imam yang tidak mematuhi kehendak tugas termasuk tidak menghadiri kursus, tidak membaca khutbah Jumaat yang disediakan dan membawa penceramah luar selain menyentuh politik dalam ceramah mereka di masjid.

Mohd Asri berkata ramai anak muda yang tamat pengajian tahfiz dan layak menjadi imam harus diberi peluang untuk mengisi kekosongan imam-imam yang diberhentikan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew berkata, sebanyak sembilan buah masjid di daerah itu mengadakan perhimpunan aman selepas solat Jumaat tetapi kesemuanya berjalan tanpa insiden tidak diingini.

- Bernama


MR :  Susah bila ada yang rasa caranya sahaja yang betul


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. MAZA sebenarnya saorang ilmuan yang baik . Sayangnya bila dah ramai pengikut beliau seakan lupa diri lupa pada qarin beliau. Beliau menghaormati mazhab dimasa yang sama beliau menekan pendapat beliau lebeh baik . Beliau terkenal dgn senyum sinis beliau saolah memperlekeh ppandangan yang tak selari dgn beliau. Sifat ini tidak patut ada pada saorang mufti. Allah hu alam.

    BalasPadam