Header Ads

ads header

Flash News

Mesti cakap serupa bikin, Wee beritahu Dr M selepas cadang ‘tutup kedai’


PETALING JAYA: Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini memulangkan paku buah keras kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana meminta MCA “tutup kedai” kerana kalah pilihan raya umum.

Beliau mengingatkan beberapa minggu lepas Dr Mahathir sendiri mahukan pembangkang yang kuat, dan MCA mahu menjadi sebahagian pembangkang yang kuat untuk memantau kerajaan.

“Dr Mahathir kata mahu pembangkang yang kuat. Maka beliau sepatutnya cakap serupa bikin,” kata beliau.

Wee mengulas temuramah Dr Mahathir dengan akhbar Sin Chew Daily di mana beliau berkata MCA patut pertimbangkan “tutup kedai” selepas Barisan Nasional ditolak rakyat pada pilihan raya umum lepas.

Wee mengingatkan Dr Mahathir jangan memandang remah MCA memandangkan ada beberapa tahun lagi sebelum pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata MCA menyedari kekurangan dan kelemahannya.

“Kami tidak akan menyerah kalah. Kekalahan ini sebahagian pasang surut politik,” katanya.

Satu-satunya Ahli Parlimen MCA itu berkata walaupun PH cuba menggambarkan diriny sebagai gabungan berbilang budaya, perdana menteri daripada parti berasaskan kaum.

Kerana itu, MCA, yang dianggotai orang Cina, juga akan terus berfungsi, katanya.

Naib Presiden Datuk Seri Ti Lian Ker pula berkata jelas parti komponen PH tidak setaraf.

Kedudukan masing-masing boleh dilihat apabila mereka tidak membantah idea kereta nasional ke-3 dan kemungkinan tidak akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“PPBM bersikap seperti Umno masa lalu. Jelaslah PH mengenai Dr Mahathir,” katanya.

Ti berkata pentadbiran sekarang seperti pentadbiran BN dulu, yang terpusat pada Umno dan Dr Mahathir semasa menjadi perdana menteri ke-4.

Beliau berkata MCA yang berusi 69 tahun akan terus bersuara walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. MCA dan DAP sebenarnya parti racis tak habis habis cakap melayu racis.Tak sedar diri dudok menumpang.

    BalasPadam