Isteri naik angin anak dinamakan Muhammad Bossku, suami kata, "Nak malu apa isteriku?"
Malah, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga meraih perhatian apabila menyebut 'malu apa bossku' sehingga menjadi ikutan di laman sosial.
Sijil kelahiran dengan nama Muhammad Bossku menjadi tanda-tanya.
Namun, netizen dikejutkan juga dengan gambar sijil kelahiran yang didaftarkan menggunakan nama 'Muhammad Bossku' sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi.
"Wife (isteri) aku marah letak nama ni... apa masalahnya?," menurut keterangan gambar yang dimuat naik Dean Ahmad di Facebook sehingga tular, malah mengundang kecaman netizen menganggap ia mempersendakan nama seorang anak, selain ramai yang meneka gambar tersebut hanya disunting.
Hanya mahu dikenali Dean Ahmad, dia mendedahkan bahawa gambar tersebut dimuat naik di laman sosial selepas memperoleh sijil kelahiran buat anak lelakinya yang baru lahir pada 12 Januari lalu.
Anak kedua Dean yang dilahirkan pada 12 Januari 2019.
Jelasnya, beberapa hari selepas kelahiran anaknya itu, dia telah mencadangkan nama Muhammad Bossku kepada isterinya untuk cahaya mata kedua mereka.
"Masa kelahiran anak pertama dulu, saya seorang yang mencadangkan nama dan terus daftar kelahiran. Bila saya cadang nama (Muhammad) Bossku untuk anak kedua ni, isteri naik angin.
"Isteri marah sebab dia cukup tak berkenan dengan nama tu sebab sekarang ramai orang mula permainkan panggilan tu. Jadi, dia malu. Nak malu apa isteriku? Kan nama tu sedap dipanggil dan saya dah mula panggil anak dengan nama Bossku... Bossku," katanya ketika dihubungi mStar Online, malam Sabtu.
Namun anak kelahiran Temerloh, Pahang ini merupakan seorang yang suka berjenaka dan gambaran itu dapat dilihat menerusi gambar dan video yang dikongsikannya di laman sosial.
Dean Ahmad dikenali sebagai seorang yang suka bergurau dan berjenaka.
Dean yang menjadi social media influencer sejak hampir sedekad lalu mengakui bahawa gambar sijil kelahiran itu sebenarnya telah disunting pada bahagian nama anaknya sejurus selepas mendapatkan dokumen tersebut dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Jumaat lalu (18 Januari).
"Isteri tahu saya ni suka bergurau dan berjenaka. Bila saya beritahu nak letak nama Bossku tu, isteri antara percaya dan tidak percaya.
"Lepas dapat sijil kelahiran anak di JPN, saya apa lagi cepat-cepat edit bahagian nama dan hantar gambar kat isteri menerusi WhatsApp. Dia bising suruh cepat balik. Sampai kat rumah, isteri hanya tahu ia betul-betul sekadar 'prank' (gurauan) bila keluarkan sijil tu daripada sampul," katanya secara berseloroh.
Dean menjelaskan bahawa nama anak keduanya itu sebenarnya adalah Umar Al-Faqeh yang dilahirkan pada awal pagi 12 Januari lalu, dan ia jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.
Menganggap kelahiran anaknya itu sebagai hadiah hari ulang tahun untuk dirinya dan juga isteri (10 Januari), dia menolak dakwaan netizen bahawa nama Muhammad Bossku sebagai tidak sensitif dan mempersendakan anak yang merupakan anugerah Tuhan.
"Muhammad itu dalam bahasa Arab maksudnya yang terpuji dan Boss itu bermakna seseorang dalam kedudukan tertinggi dan disegani, jadi apa yang tidak baiknya?
"Nama anak saya yang sebenar adalah Umar Al-Faqeh. Tapi kalau selepas ni ada kawan-kawan yang nak panggil anak Bossku, saya tak boleh halang. Mudah-mudahan dia jadi bos suatu hari nanti," kata Dean yang mempunyai anak sulung lelaki berusia empat tahun.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,
BalasPadamSelepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada rakan saya untuk nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat
Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.
Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.
Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,
Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)
Terima kasih semua.