Header Ads

ads header

Flash News

Lantik anak Sanusi Junid tak langgar manifesto PH, kata Pemuda PPBM


PETALING JAYA: Pemuda PPBM tampil mempertahankan pelantikan anak bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid sebagai pengerusi syarikat pelaburan milik Majlis Amanah Rakyat (Mara), Mara Corporation Sdn Bhd.

Exco Muzzammil Ismail berkata pelantikan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi dibuat atas dasar merit, seperti mana pelantikan Datuk Sukiman Sarmani sebagai pengerusi Universiti Teknikal Mara (Unitek-Mara), dan peguam terkenal, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

Muzzammil berkata Haniff bukan ahli parti, walaupun dia memberi khidmat profesional sebagai pengerusi biro perundangan, ahli lembaga rayuan parti, dan peguam dalam kes-kes membabitkan Pakatan Harapan.

“Pelantikan ahli lembaga pengarah dan pengerusi terkini oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun adalah atas penilaian merit individu terbabit dan bukannya berdasarkan kaitan atau kedudukan mereka dalam parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muzzammil berkata Akhramsyah, Sukiman dan Haniff memiliki pengalaman luas dan kepakaran daripada bidang masing-masing yang tidak wajar diketepikan begitu sahaja.

“Haniff seorang peguam dan terlibat dalam pelbagai bentuk kerja perundangan di pelbagai peringkat dan semestinya kepakaran ini yang dicari untuk hadapi tugasan penting dalam menyelesaikan masalah dan kemaskini urus tadbir Perda.

“Akhramshah pernah berkhidmat lama bersama Shell sebagai pengurus, beliau juga mempunyai kelulusan ijazah dan master dalam bidang kejuruteraan kimia dari universiti terkemuka di London.

“Sukiman pula merupakan bekas naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia,” katanya.

Muzammil menggesa pemimpin pembangkang supaya menyemak fakta terlebih dulu sebelum membuat kenyataan, kerana tuduhan merendahkan kredibiliti sebagai ejen semak dan imbang.

Beliau merujuk kepada janji manifesto Pakatan Harapan yang berjanji tidak akan ada lantikan politik bagi “syarikat berkaitan kerajaan”.

“Sedangkan Perda badan berkanun yang ditubuhkan bawah Akta Parlimen. Manakala, Mara Corp dan Unitek pula anak syarikat Mara yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen,” katanya.

Terdahulu, pelantikan 3 individu itu disindir beberapa pemimpin pembangkang termasuk Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Pelantikan mereka dikatakan memungkiri janji dalam manifesto pilihan raya PH.


MR :  PH nak laksana janji... Jangan bodoh percaya!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Lantiklah anak Mat Sabun...kesian dia....dah kantoi kena tangkap positip ganja...kalau dia dilantik...takkan jadi cam tu

    BalasPadam