Header Ads

ads header

Flash News

Kes cabul Shahidan Kassim ditunda 25 Februari


Sebutan semula kes cabul membabitkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang ditetapkan hari ini ditunda ke 25 Februari depan berikutan masalah kesihatan dan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Peguam tertuduh, Thalia Rohaina Abdul Latiff berkata, Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Ainul Shahrin Mohamad juga menetapkan 18 Februari untuk penyerahan dokumen.

Thalia Rohaina berkata, Shahidan mengalami penyakit yang menyebabkan badannya kebas dan perlu dimasukkan air.

Tertuduh yang juga anggota Parlimen Arau didakwa melakukan gangguan fizikal dengan menyentuh tangan hingga ke bahu seorang remaja berumur 15 tahun 7 bulan dalam kenderaan dinaikinya di perkarangan Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar pada 20 Oktober lepas kira-kira jam 11.30 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Beliau yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar pada 12 Disember lepas dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM25,000 dan dua penjamin.

Sementara itu, peguam yang mewakili mangsa, Mohd Hapiz Rajali berkata, mangsa tidak berhasrat meneruskan kes berkenaan.

“Anak guam saya ingin menumpu pada pelajaran dan tidak mahu diganggu,” kata Mohd Hapiz.

Kes Shahidan menarik perhatian ramai sehingga polis terpaksa membuat kawalan keselamatan di kawasan Kompleks Mahkamah Kangar. – Bernama


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan