Header Ads

ads header

Flash News

Kenyataan Balas Mengenai Dakwaan Malaysia Akan 'Jatuh' Jika Mengikut Model Negara Islam


1. Kenyataan kumpulan liberal G25 yang diterbitkan oleh akhbar Malay Mail, mengatakan bahawa Malaysia akan 'jatuh' jika mengikut model Negara Islam yang merujuk kepada Kempen Malaysia Negara Islam yang telah dilancarkan baru-baru ini adalah satu kenyataan yang bersifat Islamofobik yang melampau.

2. Kenyataan G25 ini sememangnya jelas menyalahi perlembagaan persekutuan, menyanggahi Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) selaku Ketua Agama Islam dan menyalahi sejarah negara.

3. G25 juga jelas buta dan jahil sejarah Islam di mana sebuah empayar dan tamadun Agung Islam mampu dan telahpun dibina dengan semangat Islam itu sendiri. Malah, saintis dan ilmuan dari tamadun Islam inilah yang telah menjadi asas kepada kemajuan dunia yang kita nikmati pada hari ini.

4. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan pada tahun 2001 dan 2002 dahulu mengatakan bahawa Malaysia adalah Negara Islam. Adakah G25 bersetuju dengan kenyataan beliau itu? Mesej ini jugalah yang kami ingin angkat untuk kempen pada kali ini.

5. Jumlah sokongan pada petisyen atas talian yang bersetuju bahawa Malaysia adalah Negara Islam sudah mencapai 50 ribu tanda tangan dalam waktu yang singkat adalah satu indikator bahawa suara G25 langsung tidak mewakili umat Islam di Malaysia.

6. Petisyen ini juga akan digerakkan dengan lebih hebat ke seluruh Malaysia secara luar talian (bertulis) dengan sasaran 1 juta sokongan.

7. Semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam diseru untuk menyokong kempen ini dan menolak sekeras-kerasnya seruan golongan Islamofobik yang menafikan status Malaysia sebagai Negara Islam dan segala usaha ke arahnya.

Wallahu'alam

Tn. Hj. Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)


MR :  Kerajaan PH sekarang ini cuba membawa pimikiran yang menyeleweng daripada Islam melalui serangan kepada "Islam" dan Institusi Islam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. G25 ialah grup puak puak liberal yang sedang sakit otak kerana gagal melihat Islam dari kacamata Al Quraan dan hadis...mereka terpedaya kononnya golongan cerdik tapi yang sebenarnya bodoh berlapis lapis bab ajaran agama sendiri. Maju atau mundur sesebuah negara tak berkaitan dengan agama, bangsa atau bahasa mana mana tetapi berkait rapat dengan penguasaan ilmu. Islam pernah menerajui dunia dengan kemajuan ilmu dan terkedepan dalam membina tamadun moden . Kacamata Islam sebenar bukan semestinya mengikut acuan taliban,pas,ikwanul muslimin,arab,tabligh dsb tetapi ia mesti menurut acuan sepertimana kehendak Allah dan Rasulullah.Umat Islam atau mana mana gerakan Islam tidak suci dari kesilapan atau kelemahan tetapi kelemahan kecil ini dimomok momokkan sebagai kegagalan besar. Nama Islam rosak kerana manusia melihat Islam hanya dari kacamata atau tindakan orang orang politik yang berkepentingan dan sebahagian perlakuan umat atau gerakan Islam yang menyimpang atau berpilih pilih.Untuk mencari model Kerajaan Islam pada hari ini bukan satu tugas yang mudah kerana kebanyakan penguasa umat Islam sendiri tiada banyak beza dengan penguasa bukan Islam malah kekadang lebih teruk layanan dari penguasa bukan Islam.

    BalasPadam
  2. Puak Gila 25 adalah pertubuhan liberal yang menyembah kehendak-kehendak nafsu serakah mereka sendiri sebagai tuhan mereka.

    Mereka adalah manusia bodoh yang berganda-ganda kerana menganut ajaran karut marut liberalisme konon hak kebebasan individu mengatasi ajaran agama Islam dan undang-undang dan paraturan.

    Ini bererti mereka percaya setiap individu bebas melakukan kemungkaran dan kesesatan termasuklah murtad kerana kononnya setiap individu mempunyai hak kebebasan individu.

    Mereka mahu manusia bebas melanggar ajaran Islam dengan melakukan homoseksual, lesbian, pelacuran, zina, minum arak dan mabuk, berjudi hingga muflis, tinggal serumah tanpa nikah, bertukat-tukar pasangan untuk tujuan seks, bebas menukar agama semudah menukar baju dll.

    Ini bererti puak Gila 25 mahu manusia hidup seperti haiwan tanpa sebarang prinsip moral, ajaran agama atau peraturan kerana puak Gila 25 sendiri terdiri dari haiwan buta, pekak dan dungu yang tidak bermoral.

    Malangnya pemimpin-pemimpin parti liberal dan parti kafir harbi melindungi puak Gila 25 kerana mereka mahu menyesatkan umat Islam.

    BalasPadam
  3. Bank amerika pun guna keadah islam msa nk bnkrup

    BalasPadam