Header Ads

ads header

Flash News

Keluarga mahu siasatan terperinci untuk pemandu SUV maut terhumban ke laut


Keluarga Moey Yun Peng yang maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terhumban ke dalam laut, Ahad lepas, memohon pihak berkuasa menyiasat kejadian itu secara menyeluruh bagi memberi keadilan kepada mangsa.

Abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dennis berkata keluarganya menerima apa yang berlaku terhadap adiknya, Moey, 20, sambil berharap orang ramai tidak menyebarkan spekulasi mengenai kejadian itu agar tidak mengganggu siasatan.

"Kami serahkan kepada polis untuk menyiasat punca kejadian dan memohon diberikan ruang dan masa untuk bertenang," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya untuk menuntut mayat Moey, malam tadi.

Beliau berkata upacara pengebumian mendiang akan diadakan di Tanah Perkuburan Cina Berapit pada Khamis ini.

SUV jenis Mazda CX-5 yang dipandu Moey, seorang penuntut kolej swasta, dilaporkan hilang kawalan selepas berlanggar dengan sebuah kereta lain jenis Toyota Vios sebelum terhumban ke laut dari Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang pada 2.54 pagi, Ahad lepas.

Usaha untuk mengeluarkan kenderaan dan mayat Moey dari dasar laut, mengambil masa lebih 24 jam sebelum berjaya dikeluarkan petang tadi.

Mayat mangsa yang masih berada di tempat duduk pemandu kenderaan dengan tali pinggang keledarnya masih terpasang, ditemukan dalam SUV yang remuk itu semasa ditarik keluar dari laut pada 6.07 petang.

-- Bernama




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan