Header Ads

ads header

Flash News

Hezbollah masih mahu Hariri sebagai PM Lubnan


BEIRUT: Hezbollah memberi komitmen sepenuhnya kepada bakal perdana menteri Lubnan, Saad Hariri, untuk membentuk kerajaan baru, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai kanan Hezbollah pada Selasa.

“Hezbollah masih yakin Hariri sepatutnya menjadi perdana menteri Lubnan,” kata Hussein Khalil, penasihat politik utama kepada pemimpin Hezbollah, Sayed Hassan Nasrallah.

Kenyataan Khalil dibuat meskipun terdapat desakan daripada Hezbollah bagi mewakili 6 ahli parlimen bebas Sunnah dalam kerajaan, satu cadangan yang ditolak oleh Hariri yang percaya semua ahli parlimen bebas itu tidak mempunyai merit untuk representasi kerana mereka tidak tergolong dalam satu blok parlimen.

Sami Nader, pengarah Institut Levant bagi Hal Ehwal Strategik di Lubnan, memaklumkan Xinhua bahawa Hezbollah memerlukan Hariri sebagai perdana menteri dalam usaha melibatkan diri dengan barat.

“Barat tidak memboikot Hariri. Beliau masih menjadi interlokutor yang digemari oleh barat dan mempunyai hubungan yang baik dengan Arab Saudi,” kata Nader.

Lubnan bergelut untuk membentuk kerajaan sejak Hariri dinamakan sebagai perdana menteri pada Mei 2018.

Pembentukan kerajaan itu berdepan pelbagai halangan dalam kalangan parti berhubung representasi dalam kerajaan baharu itu.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan