Header Ads

ads header

Flash News

Guna aset kerajaan, kempen PH lebih teruk, kata Khairy Jamaluddin


CAMERON HIGHLANDS: Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyalahgunakan jentera kerajaan untuk tujuan kempen pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands adalah bukti parti pemerintah “cakap tak serupa bikin” kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, sebelum ini Barisan Nasional (BN) dituduh berbuat demikian setiap kali pilihan raya, tetapi PH kini dilihat bertindak di luar batasan dan lebih teruk.

“Saya sangat kesal sebab sebelum ini PH banyak menuduh BN menggunakan jentera kerajaan. Tetapi sekarang rakyat boleh lihat PH sendiri yang cakap tak serupa bikin.

“Ini menunjukkan tindakan PH menggunakan jentera kerajaan semakin bertambah. Sebenarnya mereka lebih teruk lagi,” katanya pada sidang media pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Ruil, dekat sini, hari ini.

Khairy yang membantu kempen calon BN, Ramli Mohd Nor di situ mengulas gambar tular di media sosial sejak semalam menunjukkan jentera PH menggunakan kenderaan pacuan empat roda dipercayai milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Perhutanan negeri Pahang.

Gambar tersebut menunjukkan beberapa kenderaan pacuan 4 roda yang mempunyai logo JAKOA, manakala sebuah lagi milik Jabatan Hutan negeri dibaluti dengan bendera PH.

Khairy Jamaluddin berkata, penyalahgunaan jentera kerajaan itu bukan kes pertama sepanjang kempen pilihan raya tersebut, dengan mendakwa perbuatan sama dilakukaan menteri PH yang mengunakan aset kerajaan.

“Ini tidak termasuk dengan lawatan oleh menteri PH sempena PRK Cameron Highlands dengan alasan ‘kebetulan’ atau ia dirancang ‘lebih awal’.

“Ini termasuklah tindakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menggunakan jentera Angkatan Tentera Malaysia seperti helikopter masuk ke kawasan Cameron Highlands untuk berkempen,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak yang menjawab pertanyaan mengenai dakwaan penggunaan kenderaan milik kerajaan negeri dalam kempen PRK itu berkata, beliau telah mengarahkan supaya kenderaan tersebut diambil semula dengan serta-merta.


Laman Facebook milik Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Sallehuddin Ishak, mengarahkan penggunaan kenderaan milik kerajaan ditarik semula.

Menulis di laman Facebook miliknya, Sallehuddin berkata, beliau dihujani pertanyaan netizen berhubung perkara itu dan mengesahkan jabatan terbabit sebelum itu dibenarkan meminjamkan kenderaan kepada satu kementerian untuk kegunaan rasmi seorang timbalan menteri.

“Suka saya menjelaskan bahawa jabatan berkenaan dibenarkan meminjamkan kereta berkenaan kepada satu kementerian lain bagi kegunaan rasmi seorang timbalan menteri.

“Walau bagaimanapun, selepas dilekatkan dengan lambang satu parti, saya telah mengarahkan supaya kenderaan tersebut diambil semula serta-merta,” katanya.

Sallehuddin turut mengepilkan gambar kenderaan terbabit di laman Facebooknya itu.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. PH sudah tahu tiada tindakan keatas PH cakap lagu mana pon mereka dah berkuasa. "Now its my turn. "

    BalasPadam