Header Ads

ads header

Flash News

‘Dulu kata negara bankrap di bawah BN masa saya, sekarang puji pula’


Bekas Perdana Menteri, Najib Razak hari ini melahirkan rasa terkejut apabila Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan memuji strategi kementerian itu sejak 10 tahun lalu di bawah pentadbiran BN.

"Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah kerajaan PH tiba-tiba mengeluarkan kenyataan pagi ini untuk memuji kerajaan BN semasa saya perdana menteri.

"Biar betul. Pelik bin ajaib. PH bukan kata Malaysia sudah hancur dan semakin bankrap di bawah kerajaan BN masa saya?

“Kerajaan BN bukan sebuah kerajaan yang gagal? Puji pula hari ini," kata Najib menerusi satu hantaran di Fabook beliau hari ini.

MITI dilaporkan berkata, strategi yang dilaksanakan kementerian itu sejak 10 tahun lepas terbukti berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM1.9 trilion dalam semua sektor ekonomi.

Bernama hari ini yang melaporkan kenyataan MITI, berkata walaupun pasaran pelaburan dunia mengalami kelembapan, Malaysia masih mampu mencatat pelaburan diluluskan bernilai RM197.1 bilion dalam sektor-sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama pada 2017.

Pelaburan itu membabitkan sebanyak 5,466 projek yang dijangka berupaya mewujudkan sebanyak 139,520 pekerjaan di negara ini.

Menurut MITI, perdagangan Malaysia juga cemerlang pada 2017 apabila mencatat kadar pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 13 tahun serta kekal kukuh pada November 2018 dengan berkembang sebanyak 3.2 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM162.03 bilion.

Eksport turut tumbuh sebanyak 1.6 peratus tahun ke tahun kepada RM84.79 bilion pada November 2018 manakala import meningkat 5.0 peratus kepada RM77.24 bilion yang menyumbang kepada lebihan dagangan sebanyak RM7.55 bilion.

Malah, lebihan dagangan itu merupakan bagi bulan ke-253 berturut-turut sejak November 1997.

Mengulas lanjut, Najib berkata, kerajaan BN memerlukan sebanyak 10 tahun untuk menarik RM1.9 trilion.

Beliau sempat “menganjing” dan menyindir pemimpin Pakatan Harapan.

“Tetapi, kalah BN jika banding dengan menteri PH itu yang menggunakan masa beberapa bulan sahaja untuk menarik pelaburan asing mencecah RM1.6 trilion dari satu orang pelabur sahaja untuk buat kereta.

"Malangnya, menteri itu sudah konar baring. Pelaburan RM1.6 trilion itu sudah tak jadi. Yang tinggal hanya air liur," kata Najib tanpa menyebut nama Mustapha Mohammad yang meninggalkan Umno tahun lalu dan kemudian menyertai Bersatu.

Berikut artikel penuh Bernama itu:

Strategi MITI berjaya tarik pelaburan RM1.9 trilion

Strategi yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sejak 10 tahun lepas terbukti berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM1.9 trilion dalam semua sektor ekonomi.

Dalam satu kenyataan hari ini, MITI berkata walaupun pasaran pelaburan dunia mengalami kelembapan, Malaysia masih mampu mencatat pelaburan diluluskan bernilai RM197.1 bilion dalam sektor-sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama pada 2017.

Pelaburan itu membabitkan sebanyak 5,466 projek yang dijangka berupaya mewujudkan sebanyak 139,520 pekerjaan di negara ini.

Menurut MITI, perdagangan Malaysia juga cemerlang pada 2017 apabila mencatat kadar pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 13 tahun serta kekal kukuh pada November 2018 dengan berkembang sebanyak 3.2 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM162.03 bilion.

Eksport turut tumbuh sebanyak 1.6 peratus tahun ke tahun kepada RM84.79 bilion pada November 2018 manakala import meningkat 5.0 peratus kepada RM77.24 bilion yang menyumbang kepada lebihan dagangan sebanyak RM7.55 bilion.

Malah, lebihan dagangan itu merupakan bagi bulan ke-253 berturut-turut sejak November 1997.

“Pencapaian memberangsangkan ini mampu dicapai menerusi penyelarasan dan kerjasama padu yang terjalin antara MITI dan kementerian serta agensi lain.

"Langkah penyusunan semula kementerian baru-baru ini juga bertujuan memperkukuh peranan dan sistem penyampaian kerajaan untuk menangani masalah pertindanan fungsi," kata kementerian itu.

Pada masa sama, MITI juga kekal komited dan bersedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana kementerian serta agensi lain untuk menghasilkan strategi kolektif bagi mencapai prestasi perdagangan dan pelaburan yang lebih memberangsangkan bagi negara ini.

Bagi kemajuan masa depan, MITI juga telah mula merangka Pelan Induk Industri 4.0 yang merupakan antara usaha berterusan bagi memantapkan pertumbuhan ekonomi negara.

Malah, sejajar dengan trend global, MITI turut mengetuai usaha merangka Dasar Kebangsaan Industri 4.0 (Industry4WRD) bagi mengorak Transformasi Digital Malaysia dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.


MR :  PH cakap sahaja hebat, yang semuanya "kencing"


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan