Header Ads

ads header

Flash News

Dr Mahathir, jangan jolok sarang tebuan


Sudah banyak spekulasi berkeliaran berkenaan isu peletakan jawatan dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong. Macam-macam teori yang dikongsi netizen, lebih-lebih lagi mengenai tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa mencampuri urusan Majlis Raja-raja dalam memilih Agong baru.

Mengikut senarai pemilihan, Sultan Pahang layak menjadi Agong seterusnya, diikuti Sultan Johor dan Sultan Perak. Namun, terdapat berita Sultan Pahang tidak berminat menjadi Agong dan tentunya nama Sultan Johor sebagai Agong menggerunkan Dr Mahathir.

Atas sebab inilah, Dr Mahathir berkongsi satu peringatan kepada raja-raja yang mereka tidak terkecuali daripada pelaksanaan undang-undang melalui catatan blog bertajuk “Rule of Law” yang secara jelas terhadap raja-raja.

Prinsip “rule of law” memang wajar ditegakkan tanpa pengecualian. Namun, dalam konteks sekarang, prinsip ini seperti hanya digunakan untuk tujuan politik dan tidak ikhlas menegakkan undang-undang.


Contohnya, di manakah prinsip “rule of law” dalam kes rasuah Lim Guan Eng? Kes yang ternyata wujud elemen salah laku, tetapi digugurkan Peguam Negara, Tommy Thomas yang dipilih oleh Dr Mahathir. Kes tersebut sepatutnya diteruskan agar Lim dapat bersihkan nama beliau jika tidak bersalah, bukan diselamatkan dengan cara mudah melalui pengguguran kes.



Di manakah juga prinsip “rule of law” dalam kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim? Insiden di luar Kuil Sri Maha Mariamman yang bertukar menjadi rusuhan mengorbankan nyawa seorang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas. Hingga hari ini, masih tiada berita keadilan akan ditegakkan.

Dalam kes yang sama, prinsip “rule of law” turut dibelakangkan, apabila keputusan mahkamah tidak dihiraukan, di mana kuil itu ingkar berpindah.

Begitu juga dengan peristiwa berdarah Memali. Di manakah prinsip “rule of law”? Sehingga kini, ramai tertanya-tanya kenapa begitu ramai anggota keselamatan dikerahkan menangkap Ibrahim Libya? Pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang dahulu memperjuangkan pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mencari kebenaran, sekarang diam membisu apabila sudah berkuasa.

Apa sebenarnya nilai prinsip “rule of law” bagi kerajaan PH? Bukti-bukti yang disenaraikan secara terang menunjukkan Dr Mahathir dan kerajaannya amat hipokrit dalam menegakkan dan menghormati undang-undang. Mereka bukanlah malaikat seperti yang mereka ingin tonjolkan.



Contohnya kisah Prebet Adam Jaafar yang memberi gambaran raja zalim harus ditentang. Media melaporkan kononnya Prebet Adam mengamuk apabila mendapat tahu adiknya dibunuh Sultan Johor ketika itu, sedangkan Prebet Adam tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang meninggal dunia dalam kebakaran rumah ketika berumur 2 tahun.

Menurut perkongsian Tunku Mahkota Johor, Prebet Adam telah dipaksa mengaku mengamuk kerana Sultan Johor ketika itu membunuh adiknya. Lebih memeranjatkan, keluarga Prebet Adam sendiri memohon maaf kepada kerabat diraja Johor kerana terpalit fitnah tersebut dan menjelaskan kejadian mengamuk itu berlaku kerana Prebet Adam menghadapi masalah di tempat kerja.

Sejarah mengajar kita untuk tidak mudah terpedaya. Jika dulu kita bergantung kepada maklumat akhbar utama yang dikawal kerajaan, kini kita mempunyai alternatif untuk mengesahkan maklumat tersebut melalui internet yang tidak dapat dikawal kerajaan.

Dr Mahathir bagaikan tidak belajar daripada protes Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Orang Melayu bersatu apabila beliau mengumumkan Malaysia akan meratifikasi ICERD, perjanjian antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Keputusan beliau bagaikan menjolok sarang tebuan dan sekali lagi beliau mahu mengganggu gugat benteng pertahanan terakhir orang Melayu dan Islam melalui kempen negatif terhadap institusi diraja.

Insaflah Dr Mahathir.

Firdaus Muhammad



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Pemimpin-pemimpin Lidah Biawak P akatan H ancing Cakap Tidak Serupa Bikin

    Mana rule of law yang dijanjikan oleh P akatan H ancing sebelum PRU14? Ke LAUT !

    Mana janji 1 juta peluang pekerjaaan dengan gaji lumayan yang dijanjikan oleh P akatan H ancing sebelum PRU14? Ke LAUT !

    Mana penurunan harga minyak (bukan mengapungkan harga minyak yang boleh turun dan naik) yang dijanjikan oleh P akatan H ancing sebelum PRU14? Ke LAUT !

    Mana penangguhan bayaran balik PTPTN yang dijanjikan oleh P akatan H ancing sebelum PRU14? Ke LAUT !

    Mana pengurangan beban rakyat yang dijanjikan oleh P akatan H ancing sebelum PRU14? Ke LAUT ! Ekonomi, pelaburan asing, nilai ringgit dll semakin merundum dan beban rakyat semakin berat kerana penurunan harga getah dan kelapa sawit dan kenaikan harga barang keperluan dan perkhidmatan yang disebabkan oleh SST ciptaan mantri kafir harbi roket !!!

    Mana penghapusan tol yang dijanjikan oleh P akatan H ancing sebelum PRU14? Ke LAUT !

    Mana royalti minyak Kelantan yang dijanjikan oleh ATUK konon akan dibayar terus kepada kerajaan Kelantan ? Ke LAUT ! Siapa lebih berkuasa Atuk atau mantri kafir harbi roket ???

    Mana ...... ? Ke LAUT !

    Mana ...... ? Ke LAUT !

    Mana ...... ? Ke LAUT !

    Padan muka pengundi-pengundi Melayu yang telah menyokong dan mengundi P akatan H ancing kerana mereka telah menang sorak kampung tergadai. Sekarang mereka hanya mampu menelan kahak sendiri sahaja setelah pelbagai janji telah dimungkiri oleh P akatan H ancing. Padan muka !!!

    BalasPadam