Header Ads

ads header

Flash News

Dr M bertemu Sultan Johor pada Khamis, kata sumber


PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan akan bertemu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis.

Perkara berkenaan disahkan sumber, yang memberitahu FMT bahawa Sultan Johor mengarahkan pertemuan diadakan.

“Iya. mereka akan bertemu pada Khamis. Sultan Johor sudah menitahkan untuk pertemuan diadakan bersama Dr Mahathir buat masa ini,” katanya.

Sumber bagaimanapun enggan mendedahkan agenda pertemuan itu, memandangkan ia kali pertama Dr Mahathir diterima bertemu selepas kerajaan bertukar tahun lalu.

Pada Jun, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin PH pertama yang diterima bertemu Sultan Ibrahim.

Ketika itu, Anwar mahu menjelaskan tuduhan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak hormat institusi raja-raja.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata ketua negara baru akan diketahui pada 24 Januari ini.

Ia selepas Majlis Raja-raja mengadakan mesyuarat khas bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam kalangan raja-raja Melayu, susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V.

Dalam tempoh kekosongan takhta itu, Timbalan Agong, Sultan Nazrin Shah akan memangku jawatan berkenaan sehingga urusan pelantikan ketua negara yang baru selesai.

Peletakan jawatan Sultan Muhammad V adalah yang pertama dalam sejarah Malaysia yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Sultan Muhammad V menjalankan tanggungjawab jawatan itu mulai 13 Disember 2016 sehingga 6 Januari 2019.


MR :  Orang tua-tua kata "pintas awal"


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: