Header Ads

ads header

Flash News

DAP Penentu PM: Di Manakah Maruah PPBM?



Pengakuan berani Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa jawatannya sebagai Perdana Menteri ketika ini ditentukan oleh sekutunya, DAP bukan pelik malah memang sudah dijangka.

Tambahan pula, kenyataan terbuka Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu di Kuala Terengganu semalam dapat kutukan pelbagai pihak khususnya masyarakat Melayu sendiri yang sanggup beri undi kepada blok politik tersebut.

Mantan Panel Pemikir dan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Tun Faisal Ismail Aziz dalam kicauannya menerusi akaun Twitter hari ini menyifatkan percaturan itu sebagai sesuatu yang aib.

“Orang PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) memang tidak ada maruah, jawatan Perdana Menteri pun ihsan dari DAP. Amat memalukan,” katanya dalam nada kesal sebagai ulas pengakuan Mahathir yang juga Pengerusi PPBM.


Media melaporkan, Mahathir mengakui DAP memainkan peranan penting dalam menentukan segala perkara termasuk pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) twaima berkaitan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Beliau ketika merasmikan Pejabat Perhubungan PPBM Terengganu semalam berkata, pada awalnya, DAP adalah sebuah parti seteru, namun keadaan telah berubah dan menjadikan parti cauvinis itu sebagai rakan sekutu PH.

Malah Mahathir mendedahkan lagi, kedudukan beliau dalam blok itu serta jawatan mana-mana pemimpin PH juga dicaturkan oleh DAP yang dilihat sebagai parti dominan dalam gabungan aneh tersebut selepas ambil alih negara.



Sementara itu, seorang netizen yang menggunakan gelaran Ismet Ulam Raja pula meninggalkan maklum balas mengenai isu berkenaan dengan menyindir pengundi PH yang memberi undi kepada DAP untuk berkuasa.

“Wah tahniah pengundi PH!!! Undi PH, undi DAP. Jawatan Perdana Menteri pun DAP tentukan. Atuk cuba mahu letak pemberat kepada DAP ke ni? Anwar naik ke tak pun DAP tentukan la ni,” katanya menerusi laman Twitter.

Dalam pada itu, Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah organisasi Islam dan Melayu sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kenyataan Mahathir itu cerminan wajah sebenar politik Malaysia Baharu

“Pendedahan Mahathir ternyata adalah cukup memalukan. Ia sebenarnya turut mencerminkan betapa politik bangsat orang Melayu pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang sentiasa mengikut telunjuk bukan Melayu.

“Pengakuan terbuka itu dengan jelas menunjukkan parti gabungan PH, terutama parti yang konon dianggotai orang Melayu sendiri, hanya ikut telunjuk DAP semata-mata,” kata Abdullah Zaik kepada portal Ismaweb.net, hari ini.

Kenyataan itu ujarnya, menunjukkan dengan jelas pemimpin Melayu dalam PH dan kerajaan tiada kuasa, sebaliknya parti tamak haloba DAP menentukan perjalanan urusan pentadbiran negara sekarang. – Agensi/Mynewshub.TV




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. https://www.abuleman.com/2019/01/kejam-lelaki-cina-pukul-wanita-bertudung.html

    https://www.youtube.com/watch?v=I2qjxwrB0hU

    BalasPadam
  2. Berita ini tak perlu dihairan sebab Tun dari dulu dah terlebeh maklum. Oleh kerana geramnya Tun dgn Pak Najib maka Tun sanggup telan kata kata Tun dahuluterhadap DAP. Jauh dulubuk hati Tun Allah saja yang tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam erti yang lain semua MP PH dalam parliment adalah robat dikuasai oleh DAP.Atau tertipu dgn TUN .

      Padam
  3. Kasihan melihat pemimpin-pemimpin Melayu liberal menjadi boneka puak kafir harbi tanpa merasa malu dan segan. Mereka adalah pengkhianat agama dan bangsa yang sanggup menjual ibu bapa mereka sendiri untuk mendapat sedikit habuan dunia.

    BalasPadam
  4. Jalan-jalan ke pinggir empang,

    Bertemu mengakarung lidah biawak,

    Hati siapa tak bimbang,

    Pemimpin boneka jadi pelawak.

    BalasPadam