Header Ads

ads header

Flash News

Bukan Dr M ‘salah pilih’ tapi pengganti ‘tembak kaki sendiri’, kata Kadir


KUALA LUMPUR, 4 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad tidak “salah” dalam memilih pengganti sebaliknya individu tersebut yang “menembak kaki sendiri”, kata Datuk A Kadir Jasin.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata perdana menteri sentiasa mematuhi peraturan, dipandu kehendak dan keputusan parti ketika membuat pilihan.

“Atas alasan itulah beliau membawa masuk semula dan memberikan jawatan kepada banyak orang yang menentang beliau dalam parti dan kerajaan,” kata bekas pengamal media.

“Jadi yang salah bukanlah cara Dr Mahathir memilih pengganti atau bakal pengganti tetapi pengganti atau bakal pengganti itu sendiri menembak kaki mereka sendiri,” katanya lagi.

Namun, beliau tidak pasti sama ada Mahathir “berseloroh atau bersungguh-sungguh” ketika berucap soal penggantinya pada perhimpunan agung PPBM yang berakhir Ahad lalu.

Menyentuh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kadir menyifatkan presiden PKR “pilihan istimewa” Mahathir kerana “tidak sampai sebulan” menyertai Umno dijadikan calon Barisan Nasional.

Katanya, Mahathir pada ketika itu menganggap Anwar sebagai “anak ayam baru tumbuh bulu pahat” tetapi beliau mampu mengalahkan Yusof Rawa yang dianggap “gergasi politik”.

Kadir berkata Anwar naik “mencacak” dalam 11 tahun, daripada pemimpin biasa kepada timbalan perdana menteri dan bakal pengganti Mahathir tetapi selepas itu “adalah sejarah”.

Turut memetik hujah ahli falsafah George Santayana dan cendekiawan Islam Ibnu Khaldun, Kadir dalam blognya hari ini, mengajak orang ramai supaya “belajar daripada sejarah”.

MR :  Anwar bakal dijadikan sejarah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan