Header Ads

ads header

Flash News

Boleh percaya ke kenyataan Mohamad Sabu ni?


GEORGETOWN: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu melalui peguam peribadinya akan menghantar notis tuntutan kepada Khairy Jamaluddin dalam tempoh terdekat berhubung kenyataan Ahli Parlimen Rembau hari ini yang didakwa memfitnah.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar, berkata ia susulan kenyataan berunsur fitnah oleh Khairy yang mendakwa Mohamad menggunakan jentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Katanya, Khairy didakwa membuat kenyataan itu pada sidang media di Kampung Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang dekat Cameron Highlands, hari ini.

"Ia dilaporkan portal atas talian Malaysiakini dalam berita berbahasa Inggeris bertajuk ‘KJ: It's clear, Harapan doesn't practice what it preaches on gov't asset use’ dan berita berbahasa Melayu bertajuk ‘PH cakap tak serupa bikin, guna jentera k'jaan – KJ’.

"Khairy Jamaluddin terus mengeluarkan kenyataan fitnah ini walaupun Kementerian Pertahanan sudah pun menjelaskan mengenai perkara ini dalam satu kenyataan pada 15 Januari lalu," katanya dalam satu kenyataan media di sini, sebentar tadi.

Selasa lalu, Kementerian Pertahanan menafikan gambar tular memaparkan Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk berkempen pada PRK Cameron Highlands dengan kedua-dua gambar itu berlaku pada hari dan tarikh berlainan.

----


Sebelum in Mat Sabu nak saman 'tukang sebar' gambar itim dia dengan seorang perempuan. Tapi sampai hari ini berita nak saman itu hanya sekadar kempen PRU-14 sahaja untuk bersih diri.


MR :  Mat Sabu ni banyak sangat gambar dengan perempuan... seronok betul


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Wau... Semakin hebat Abe Mat sejak jadi menteri asyik keluar negara jer atas urusan rasmi tapi apa yang beliau bawa balik untuk kepentingan negara. Jangan buat nikah mutaah sudahlah kerana sejak ada kuasa semakin kuat kencing. Yang paling hebat sudah ada peguam peribadi, puak-puak P4N patut berbangga dengan presiden mereka.

    Siap dicanang tentang ramai sudah menyerahkan borang keahlian untuk menjadi ahli P4N. Kalau jenis barua kaki kencing pergi kemana-mana pun tetap berbau hancing. Jika mengikut kenyataan P4N tentang keahlian baru, cita-cita Husam kuasa 10 untuk jawatan MB Kelantan bakal menjadi kenyataan selepas PRU15 nanti.

    BalasPadam