Azmin nafi bergeser dengan Anwar susulan isu ‘tegur secara dalaman’
KUALA LUMPUR, 8 Jan — Datuk Seri Azmin Ali menafikan pergeseran dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mencoret “tegur secara dalaman” dalam kes pemimpin sekutunya Wan Saiful Wan Jan.
“Tidak. Tidak benar,” kata timbalan presiden PKR hari ini ketika diminta mengesahkan coretan di Twitter semalam yang kelihata ditujukan kepada presiden parti itu.
Azmin membalas di Twitter wakil rakyat PKR Maria Chin: “Sebaiknya tegur secara dalaman. Banyak platform telah disediakan untuk membuat teguran. Macam pernah dengar. Hehehe.”
Maria, bekas pengerusi Bersih 2.0, menyokong tindakan Wan Saiful, pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang mendedahkan wujud amalan rasuah dalam parti itu di Perlis.
Azmin sebelum ini mempertikai pelantikan pemimpin atasan parti yang dibuat oleh Anwar dengan alasan ia “tidak adil dan tidak profesional” kerana “tidak mengikut musyarawah”.
Anwar dan juga setiausaha agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegur Azmin agar menggunakan saluran parti jika ingin menegur pemimpin parti.
Semalam, selepas dipecat sebagai setiausaha PPBM Perlis, Wan Saiful mendakwa wujud cubaan mengatur pemberian kontrak jutaan ringgit membabitkan anak pemimpin parti.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama pihak-pihak terbabit dan tidak menyatakan sama ada isu berkenaan menyebabkan beliau dipecat daripada jawatan tersebut.
MR : Bila nafi rasanya memang dah parah
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan