Umno runtuh, Pas perlu ke depan
ALOR SETAR - Pas menyifatkan krisis yang melanda Umno kebelakangan ini telah meruntuhkan struktur kepimpinan parti itu sekaligus dilihat tidak berupaya memperjuangkan agenda Melayu Islam.
Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, berdasarkan kepada keadaan itu, Pas perlu menjadi parti utama menggalas tanggungjawab itu.
"Kalau dulu kita lihat dari segi kekuatannya dan jumlah ahli, memang Umno yang menjuarai perjuangan agenda untuk Melayu Islam, apatah lagi mereka dahulu berada dalam kerajaan.
"Sekarang ini mereka bukan lagi kerajaan dan ketika ini ramai pemimpin dan wakil rakyat mereka meninggalkan parti menyebabkan struktur Umno di beberapa peringkat sudah runtuh," katanya dalam sidang media selepas menghadiri program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden, di sini hari ini.
Rabu lepas, hampir keseluruhan barisan kepimpinan Umno Sabah termasuk lima anggota Parlimen, sembilan Adun dan dua senator mengumumkan keluar parti dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas.
Semalam, enam lagi wakil rakyat Umno meninggalkan parti.
Ditanya sama ada perkembangan itu memberi kesan terhadap kekuatan pembangkang di dalam Dewan Rakyat, Takiyuddin berkata bilangan wakil rakyat Umno tidak menentukan peranan dan pendirian Pas.
"Walaupun kita (Pas dan Umno) sama-sama pembangkang, tapi kita mempunyai ikatan yang longgar di Dewan Rakyat, berapa pun bilangan Umno pendirian kita jelas, kita berkecuali terhadap isu atau perkara-perkara yang dibawa kerajaan.
"Kita berperanan menasihat kerajaan, maknanya kita tegur apa yang tidak betul dan kita sokong apa yang betul, jadi, bilangan ahli Umno dalam Dewan Rakyat saya tidak nampak memberi masalah besar kepada kita," katanya.
Mengulas lanjut mengenai tindakan keluar parti oleh pemimpin Umno itu, Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata ia memang dijangka berdasarkan landskap politik semasa dan berkemungkinan akan berlaku lagi selepas ini. "Mana-mana parti pun apabila berada dalam keadaan begitu ahli dia akan bertempiaran lari kerana sebagai orang politik mereka memerlukan platform untuk berjuang," katanya yang turut mengalu-alukan sekiranya ada ahli Umno yang ingin menyertai Pas. - Bernama
MR : PAS mesti istiqamah dengan perjuangan Islam dan jangan banyak cakap, biar mereka bergolak sesama mereka
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
kebanyakan pemimpin umno yg dia atas byk yg buruk..biar org muda yg mengambil alih peranan mengantikan yg di atas..klu boleh semua bahgian diseluruh negara diambik alih oleh kepimpinan muda akar umbi yg tidak punyai masaalah moral dan rasuah..mungkin dgn ini kepimpinan umno kembali kepada perjuangan asal nya
BalasPadamkelaut dah.Dulu sombong dan angkuh.Harta kerajaan dianggap seperti harta UMNO,kakitangan kerajaan tak sokong dianggap musuh.Berapa ramai yang derita kerana dityukar semata-mata perangai jahat UMNO.Berjalan melintas d hadapan bendera PAS pun, kena tukar tempat kerja.Itulah antara contoh taksub totok puak UMNO.
BalasPadam