Header Ads

ads header

Flash News

Umno, MIC tak diundang ke perhimpunan agung MCA


Perhimpunan Agung MCA akan diadakan hujung minggu ini dengan menyaksikan beberapa perubahan yang ketara.

Buat kali pertama, pengerusi BN tidak akan berucap di perhimpunan itu. Malah, tiada jemputan kepada rakan sekutu mereka dalam BN.

Sebaliknya, Presiden MCA Liow Tiong Lai yang akan melepaskan jawatannya akan menyampaikan ucapan pembukaan.

Selain itu, satu lagi perubahan ketara ialah sesi perbahasan bagi sayap wanita dan pemuda akan diadakan secara tertutup.

"Bagi membolehkan perwakilan kami bebas menyuarakan pandangan, tanpa sekatan dan berkongsi perasaan mereka, kami membuat keputusan untuk mengadakan perbahasan secara tertutup," kata bakal presiden MCA Wee Ka Siong.

Perwakilan MCA dijangka berbahas tentang hala tuju parti itu, termasuk keputusan untuk kekal bersama BN atau meninggalkan gabungan itu.

Selain Umno dan MIC, MCA merupakan pengasas BN ketika menubuhkan Perikatan.

Parti itu kini berada di titik paling rendah dalam sejarah penubuhannya, dengan hanya mempunyai satu kerusi di parlimen dan dua kerusi dewan undangan negeri.

MR :  MCA sudah tak releven dalam politik Malaysia


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Politik Malaysia akan relevan kepada parti yang konsisten dengan dasar dengan prinsip serta tahu menghormati orang lain. Sikap ingin menjadi abang besar serta aku sahaja yang betul,tidak akan kekal lama.Hanya PAs dilihat tegar mempertahankan prinsip dan tidak membuli parti lain.Pasang surut dengan kerenah ahli yang majmuk perangai, namun kekal sejak dulu dengan dasarnya.Buat apa menang jika cita-cita meletakkan islam ditempat sepatutnya tidak tercapai, hanya sekadar tukang angguk kepada tuan yang jelas sentiasa provok Islam

    BalasPadam
  2. semua ini ada hikmahnya sedarlah wahai bumiputra

    BalasPadam
  3. Sesungguhnya puak munafik dan puak kafir tidak redha terhadap umat Islam sehinggalah umat Islam mengikut kesesatan.

    Semoga peringatan ini menjadi pengajaran kepada UMNO yang memberi kepercayaan kepada sekutu-sekutu kafir yang pernah menghina Islam.

    Semoga UMNO ikhlas berkerjasama dengan parti Islam yang sedang berjuang menegakkan agama Islam dan hak umat Islam.

    Sesungguhnya UMNO dan PAS sedang menghadapi musuh yang sama yang sedang mengancam hak agama Islam dan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu.

    Marilah kita semua menentang ICERD yang diperjuangkan oleh pakatan lidah biawak pimpinan parti kafir harbi biaDAP.

    BalasPadam
  4. MIC datang berbincang dan mendengar dari PAS.MCA bila lagi?Banyak kekeliruan boleh dirungkai jika buang ego.Kita perlu bergerak kehadapan menyelesaikan melelui perbincangan apa2 yang keliru.Wakil kerajaan Singapura, Rusia, boleh hadir mendengar dari PAS sendiri....Berubahlah MCA...

    BalasPadam