Header Ads

ads header

Flash News

UMNO hidup bukan kerana seorang dua kata Najib


Saya berasa sedih melihat rakan-rakan seperjuangan lama saya patah semangat dan mula meninggalkan UMNO.

Ada di kalangan mereka ini dahulu saya dan akar umbi UMNO bantu begitu banyak terutamanya dari segi karier politik mereka.

Kerana kita percaya dan yakin walau apa pun berlaku mereka akan terus menjadi nakhoda kapal dan memimpin akar umbi UMNO.

Sudah tentu saya kecewa.

Tetapi apakah daya kita kini jika perjuangan UMNO tidak lagi dalam minda dan hati mereka.

Adakah apa yang dikatakan benar bahawa yang dikejar hanya jawatan dan peruntukan?

Jika begitu, UMNO kini melalui proses pemutihan semula jadi dan Insya-Allah akan bangkit lebih kuat semula.

Kita tidak ada apa-apa lagi di UMNO hari ini. Yang ada hanya kain di tubuh dan hati membara.

Kita berbekalkan semangat perjuangan, persaudaraan dan yang paling penting – keikhlasan untuk rakyat dan kesayangan mereka terhadap kita.

Dan memang pun itu asas penubuhan, perjuangan dan kekuatan UMNO.

Bagi saya, tidak adil juga jika kepimpinan UMNO hari ini dipersalahkan atas segalanya.

UMNO tidak mempraktikkan amalan diktator dan menggalakkan akar umbi dan ahli-ahli bersuara memberi pandangan membangunkan semula UMNO.

Ya, ini satu masa yang mencabar kerana kita di bangku pembangkang. Namun, tidak ada juga sekatan suara terhadap sesiapa untuk memberi pandangan terhadap dasar Kerajaan hari ini.

Kita masih diberi amanah oleh rakyat untuk menjaga kepentingan mereka.

Berikanlah keyakinan semula kepada rakyat bahawa kita mampu dan berkebolehan, kita benar-benar bangkit untuk rakyat.

Jangan kita lupa perjuangan UMNO.

UMNO hidup bukan kerana seorang dua.

UMNO adalah satu perjalanan dan perjuangan hidup bersama.

UMNO adalah sebuah parti yang pada awalnya ditubuhkan oleh rakyat dan kerana rakyat selama berdekad lamanya, dan tetap akan berjuang untuk rakyat.

Saya menyeru kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan tidak terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan halatuju politik sendiri.

Sama-sama kita kukuhkan UMNO yang telah memayungi kita selama ini, sama-samalah kita bangkit dengan UMNO yang kita sayangi ini.

Hanya kerana satu sebab tuan-tuan dan puan-puan – rakyat di hati.
Najib Razak

MR :  UMNO punah pun bukan seorang dua


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan