Ucapan Krismas: Khalil dakwa Kit Siang kering idea serang PAS
PETALING JAYA: Muhammad Khalil Abdul Hadi menyifatkan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang kekeringan idea untuk menyerang PAS apabila cuba melagakan beliau dan Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung perayaan Krismas.
Ketua Pemuda PAS itu berkata, Lim dilihat cuba mengalihkan isu dengan membesar-besar perkara remah susulan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji kepada rakyat termasuklah cuba menenggelamkan ketegangan yang berlaku antara parti komponen kerajaan itu.
“Lim Kit Siang ini sengaja nak alihkan isu kegagalan PH tunai janji kepada rakyat dan kemelut dalaman PH yang sedang berkecamuk,” katanya.
Khalil mengulas kenyataan terbaharu Lim yang mempersoalkan sama ada amaran beliau terhadap umat Islam supaya tidak membuat ucapan Krismas di Facebook adalah pendirian PAS atau pandangan peribadinya sendiri.
Lim membangkitkan perkara itu kerana pendirian pemimpin PAS lain berbeza berhubung sambutan Krismas melibatkan orang Islam.
“Soalan ini timbul selepas Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan membuat ucapan Krismas, meskipun Khalil mengeluarkan peringatan tersebut.
“Siapakah yang mempunyai kuasa lebih besar dalam PAS, setiausaha agung PAS atau ketua Pemuda PAS yang juga anak presiden PAS?,” soal Lim.
Mengulas lanjut, Khalil menjelaskan konteks kenyataan beliau dan Takiyuddin berbeza berhubung sambutan Krismas, sambil menyifatkan Lim gagal memahami intipati yang ingin disampaikan.
Adun Batu Buruk itu berkata, kenyataannya lebih menjurus kepada larangan kepada umat Islam menyambut Krismas tetapi dibenarkan untuk membuat ucapan kepada rakan, bukannya dibuat secara suka-suka tanpa asas yang munasabah.
“Dalam ucapan saya pun ada sebut mengucap Krismas diizinkan jika ada keperluan contohnya kepada jiran atau ketua negara kepada rakyatnya dan lain-lain.
“Jika suka-suka nak ucap krismas dalam Facebook dan lain-lain tidak boleh kerana tiada keperluan dan apa yang saya bicarakan selari dengan kenyataan mufti Wilayah Persekutuan,” katanya sambil memaklumkan penyokong PAS tidak termakan dengan provokasi Lim.
Sebelum ini, Khalil dalam kenyataan berkata, umat Islam diingatkan supaya tidak menyambut Hari Krismas kerana ia adalah hari kebesaran penganut agama Kristian yang bertentangan dengan akidah Islam.
Katanya, sambutan Hari Natal melibatkan perbuatan yang mensyirikkan Allah dengan mendakwa kononnya Nabi Isa adalah anak Tuhan yang jelas bertentangan dengan 3 sifat ketuhanan.
Menjawab persoalan Lim yang bertanya adakah beliau lebih berkuasa dari Takiyuddin, Khalil secara berkias berkata pemimpin DAP itu perlu sedar adakah beliau lebih berkuasa daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melibatkan isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Bercakap soal siapa berkuasa, sepatutnya ditanya kepada Kit Siang, siapa lebih berkuasa Kit Siang atau perdana menteri, perdana menteri tidak setuju dengan pilihan raya PBT tapi Kit Siang dan menteri-menteri lain mahu laksanakan PBT,” katanya.
MR : LKS kini tersempit dengan Mahathir
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Dari Abu Sa”id Al Khudri, ia berkata: “Rasululah bersabda: “Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalian pun akan masuk ke dalamnya.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?” Sabda beliau: “Siapa lagi.” (HR. Bukhari dan Muslim)
BalasPadam“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. “ [Al Baqarah 120]
Sebenarnya mengucapkan 'merry christmas' atau 'selamat hari natal' adalah haram kerana ucapan-uncapan ini mengiktiraf ritual atau amalan agama kristian yang mengaitkan hari krismas dengan hari kelahiran 'anak tuhan' yang bernama 'Jesus' yang berasal dari doktrin Trinity iaitu 'tuhan bapa, tuhan anak dan ruh kudus'.
Maka sesungguhnya ucapan-ucapan ini adalah syirik besar yang boleh membatalkan iman atau kufur akidah.
Allah telah berfirman dalam surah al Baqarah ayat 42 yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."
Benarkah Jesus dilahirnan pada 25 hb Disember iaitu dalam musim sejuk ? Kitab Gospel tidak pernah mencatatkan tarikh lahir Jesus dan dakwaan Jesus lahir pada 25 hb Disember tidak disokong oleh sebarang fakta sejarah.
Bahkan sebenarnya Jesus dilahirkan dalam musim panas mengikut keterangan Al-Qur'an sendiri dan Gospel.
Maka 25 hb ini perayaan apa sebenarnya? Sebilangan cendikiawan kristian dan ahli sejarah barat menyifatkan perayaan pada 25 hb Disember ini berkaitan dengan perayaan pagan yang diwarisi oleh kerajaan Rom kuno dll.
Oleh sebab itu, sebilangan ulama Islam di zaman ini yang cerderung mengharuskan ucapan 'merry christmas' sepatutnya mengkaji perayaan christmas dahulu secara mendalam sebelum membuat fatwa kerana kesannya boleh membatalkan iman umat Islam. Jika ini berlaku, adakah ulama-ulama berkenaan sanggupkah memikul tanggung-jawab memurtadkan umat Islam ????
Ibnu Taimiyah, Ibnul Qoyyim dan para pengikutnya seperti Syeikh Ibn Baaz, Syeikh Ibnu Utsaimin—semoga Allah merahmati mereka—serta yang lainnya seperti Syeikh Ibrahim bin Muhammad al Huqoil berpendapat bahwa mengucapkan selamat Hari Natal hukumnya adalah haram karena perayaan ini adalah bagian dari syiar-syiar agama kafir mereka. Allah tidak meredhai adanya kekufuran terhadap hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya didalam pengucapan selamat kepada mereka adalah tasyabbuh (menyerupai) dengan mereka dan ini diharamkan.
Di antara bentuk-bentuk tasyabbuh :
1. Ikut serta didalam hari raya tersebut.
2. Membawa perayaan-perayaan mereka ke negeri-negeri islam.
Mereka juga berpendapat wajib menjauhi berbagai perayaan orang-orang kafir, menjauhi dari sikap menyerupai perbuatan-perbuatan mereka, menjauhi berbagai saranan yang digunakan untuk menghadiri perayaan tersebut, tidak menolong seorang muslim didalam menyerupai perayaan hari raya mereka, tidak mengucapkan selamat atas hari raya mereka serta menjauhi penggunaan berbagai nama dan istilah khusus didalam ibadah mereka.
Bolehkah Mengucapkan " SELAMAT NATAL " ? Ustadz Abdul Somad, Lc. MA
https://www.youtube.com/watch?v=Td-jYxBCnl8
Tahniah PAS kerana sentiasa dicemburui.Tidak meriah politik Malaysia jika tidak tunding kepada Pas. Betapa pengaruh Pas secara solo tetap menggugat lawan.PH ada 3 parti tapi tetap gerun kepada PAS.PAS sentiasa relevan dan mara selagi tidak maksiat kepada Allah
BalasPadam