Header Ads

ads header

Flash News

Tular konspirasi guling MB kerja manusia tak beriman


Naib Presiden PAS, Idris Ahmad hari ini menempelak tindakan pihak tertentu yang cuba menularkan berita, kononnya wujud konspirasi untuk menggulingkan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam satu kenyataan, Idris mempersoalkan tujuan pihak terbabit menularkan dakwaan seumpama itu, sekali gus menganggap ia sengaja hendak mengalihkan isu perhimpunan terhadap penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Sabtu ini.

“Banyak yang bertanya saya, betulkah berita yang ditular, ada konspirasi hendak guling Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar Terengganu.

“Saya jawab, harap yang buat kerja durjana ini manusia yang memang tidak beriman kepada Allah dan tidak percaya syurga dan neraka. Memang jenis manusia ini tidak kisah apa yang ia lakukan,” katanya.

Beliau menganggap, penyebaran berita berkenaan antara lainnya adalah cubaan hendak memburukkan peribada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara berterusan, selain mempunyai sifat dengki terhadap perkembangan kerajaan Terengganu.

“Dengki dengan kepimpinan kerajaan Terengganu yang berwibawa dan cemerlang di bawah kepimpinan Dr Ahmad Samsuri. Cuba hendak memecah perpaduan kepimpinan PAS.

“Hendak tutup manifesto PH (Pakatan Harapan) yang tidak tertunai. Sudah kekeringan modal serta dedak dan sagon baru turun,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, tular catatan beberapa individu di laman sosial Facebook mendakwa terdapat kumpulan yang telah bertemu Abdul Hadi bagi menukar menteri besar Terengganu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Mesej tular bertajuk ‘Kerusi MB Terengganu Panas?’ itu mendakwa, tindakan berkenaan disebabkan rasa tidak puas hati kumpulan berkenaan terhadap Dr Ahmad Samsuri yang dikatakan lebih mengutamakan orang luar dalam membuat lantikan politik bagi jawatan-jawatan berprestij.

Ia turut mendedahkan perbezaan pendapat antara Dr Ahmad Samsuri dan Abdul Hadi berhubung isu royalti dan isu himpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

MR :  Sebelum ini lari daripada perjuangan sudah buruk, tapi bila ditambah fitnah bukan lagi buruk tetapi kini jadi 'najis'


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Memang ramai bersifat demikian tidak senang dgn Islam. Moga Allah sedarkan orang yang bersifat demikian.

    BalasPadam