Header Ads

ads header

Flash News

Terengganu bina pusat rekreasi khas untuk wanita tahun depan


MARANG: Terengganu bakal mewujudkan pusat rekreasi khas bagi wanita tahun depan untuk memberi keselesaan kepada golongan itu menjalankan aktiviti sukan dan senamrobik secara berasingan dengan lelaki.

Adun Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata perkara itu dibincangkan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan dijangka diwujudkan di setiap Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, ia susulan permintaan wanita di negeri ini yang mahukan pusat rekreasi khas dibina bagi mengelakkan percampuran dengan lelaki, terutama yang bukan mahram.

“Alhamdulillah, pada pembentangan Belanjawan negeri 2019 bulan lalu, Menteri Besar (Ahmad Samsuri Mokhtar) mengumumkan rancangan mewujudkan fasiliti rekreasi wanita ini, tetapi belum diperincikan dari segi kos dan sebagainya.

“Pusat ini mungkin dibina baru atau kita menambah baik bangunan atau tempat lama, tetapi dibuat secara tertutup. Dengan adanya pusat ini, golongan wanita bebas melakukan aktiviti seperti senamrobik, menari zumba dan sebagainya tanpa segan-segan, tidak seperti gimnasium atau pusat rekreasi terbuka untuk semua seperti sekarang.”

Beliau berkata demikian selepas mewakili Samsuri menyampaikan agihan bantuan persekolahan berupa sepasang pakaian seragam, beg dan kasut sekolah kepada 1,014 pelajar DUN Rhu Rendang, hari ini.

MR :  kerajaan PAS Terengganu tak banyak cakap, tapi banyak perubahan dibuat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Teruskan kerja kurang kan cakap tunjukkan bagaimana PAS mentakbirkan Negeri. Segala puji bagi Allah.

    BalasPadam