Header Ads

ads header

Flash News

Tanpa sokongan orang Melayu, Malaysia Baru akan gagal kata Lim Kit Siang


Selepas pilihan raya umum ke-14, Merdeka Centre menganggarkan bahawa sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan adalah sekitar 25 hingga 30 peratus.

Kedua-dua BN dan PAS terbukti lebih popular di kalangan kumpulan etnik terbesar Malaysia itu, masing-masing mengumpul 35 hingga 40 peratus dan 30 hingga 33 peratus sokongan.

Oleh itu, kerajaan baru mesti mengembangkan sokongannya di kalangan orang Melayu jika ia mahu bertahan lebih darpada satu penggal dan mempunyai cukup masa untuk melaksanakan reform yang dijanjikannya, tegas penasihat DAP Malaysia, Lim Kit Siang.

"Wujud keperluan untuk sokongan lebih orang Melayu. Ini (25% hingga 30%) sudah cukup untuk 9 Mei - untuk satu perubahan tetapi tidak cukup untuk satu kebangkitan semula.

"[...] Kita mesti dapat meningkatkan pemahaman orang Melayu (tentang kerajaan) dan sokongan mereka," katanya kepada Malaysiakini dalam satu temu bual di ibu pejabat partinya di Kuala Lumpur.

Ini perlu dilakukan sambil mengekalkan populariti tinggi di kalangan pengundi bukan Melayu. Tinjauan yang sama meletakkan sokongan kepada Harapan dari pengundi Cina ialah pada 95 peratus manakala dari pengundi India, 75 peratus.

"Jika tidak boleh, maka Harapan akan gagal. 'Malaysia Baru' akan gagal, dan kita boleh kembali kepada masa pra-9 Mei," katanya.



MR :  Itu sebab LKS terpaksa ikut Mahathir mengenai sampah UMNO demi nak Melayu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Ha ha ha. Belum berputus asa lagi orang tua ni. Melayu mesti bersatu supaya parti orang tua ni tak berani nak angkat kepala. Kerajaan PH mesti dihapuskan, itu je caranya nak mengajar cina2 ni dari jadi besar kepala.

    BalasPadam