Header Ads

ads header

Flash News

Syed Saddiq tegur Menteri Pelancongan


SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini sekali lagi bersuara berhubung pengisytiharan harta menteri Kabinet.

Menurutnya, tiada pengecualian terhadap perkara itu termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Mohamaddin Ketapi.

"Rakyat sedang memerhati. Kita bertanggungjawab kepada mereka.

"Lagi sekali saya nak tekankan, 'declare your assets to MACC' (isytihar harta anda kepada SPRM). Ini soal integriti," tegasnya melalui Twitter, hari ini.

Beliau berkongsi laporan berita Mohamaddin bertajuk, 'Kalau saya isytihar saya bohong'.

Menurut Syed Saddiq beliau telah membangkitkan perihal tersebut kepada jemaah menteri sebelum ini.

"Dalam jemaah menteri yang lepas, saya sudah pun membangkitkan keperluan untuk semua menteri mengisytiharkan harta mereka. 'No exceptions!' (tiada pengecualian)," katanya.

Selepas PRU14 lalu, Syed Saddiq mendesak agar pengisytiharan harta dilaksanakan segera oleh Kabinet serta Ahli Parlimen PH.

Bulan lalu, SPRM akhirnya memaparkan senarai pengisytiharan harta di laman sesawangnya kepada umum. Isnin lalu, Mohamaddin mendapat perhatian selepas dilaporkan berkata, beliau orang miskin yang tidak memiliki harta untuk diisytiharkan.

MR :  Kalau menteri pun tak nak tunai apa yang dikata... rakyat memang tersilap pilih


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan