Header Ads

ads header

Flash News

Sia-sia dia terus pimpin Kementerian Pendidikan tempelak Rais kepada Maszlee




Selepas bekas perdana menteri Najib Razak, giliran Dr Rais Yatim pula mengkritik cadangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik untuk memasukkan skandal 1MDB dalam sejarah Malaysia.

Rais yang merupakan bekas menteri dan penasihat kerajaan menyuarakan kebimbangannya terhadap kementerian pendidikan yang diterajui Maszlee.

"Kalau betullah berita ini, sia-sia (jika) dia dibiarkan terus memimpin kementerian pendidikan. Rosak," ciapnya di Twitter.

Setakat ini, ciapan oleh pengerusi Bersatu Negeri Sembilan itu dikongsi 769 pengguna Twitter lain termasuk Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Ia turut melampirkan satu laporan media bertajuk “Skandal 1MDB masuk sukatan pelajaran Sejarah” yang memetik kenyataan Maszlee berhubung perkara itu.

Ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Maszlee berkata skandal 1MDB dan jenayah ahli politik seperti "menyamun" akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia.

"Saya boleh memberi jaminan bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia supaya generasi di masa depan tidak akan mengulanginya," katanya.

Maszlee bagaimanapun tidak menyebutkan secara spesifik sama ada isu 1MDB akan dimasukkan dalam kurikulum sekolah.

Beliau menjawab celahan Anggota Parlimen Pontian Ahmad Maslan berhubung mata pelajaran Sejarah di sekolah swasta.

"Jika kita tidak tahu sejarah, maka berkemungkinan kita akan mengulangi keburukan sejarah yang pernah dilalui, dan saya ingin tahu ada berapa sekolah swasta di negara yang mengambil (subjek) Sejarah seperti 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina," katanya.

Najib - yang terpalit secara langsung dengan skandal itu - turut menyindir Maszlee berhubung kenyataan terbarunya itu.

"Saya rasa tak lama lagi Maszlee sendiri akan masuk dalam buku sejarah. Ada masa dan tempatnya kita berpolitik, dan bukan di sekolah," katanya lagi.

MR :  Makin hari makin nampak kelemahan kepimpinan PH, bukan pembangkang kata, tapi sesama mereka


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Hari ini dalam sejarah bagaimana manusia boleh terpengaroh dengan emosi dan lupakan segala hukum hakam agama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maszlee makin hari makin lupa diri.

      Padam
  2. Tak salah kalau penyelewengan PENTADBIRAN2 terdahulu di masukkan dalam teks sejarah cumanya buatlah secara menyeluruh dan ikut tertib yakni yang dahulu di sejarahkan dahulu yang kemudian disejarahkan kemudian.

    Kalau tertib dipatuhi, skandal Forex BNM sepatutnya jadi catatan dalam teks sejarah sebelum skandal 1 MDB disejarahkan. Lagipun skandal BNM telah ada "closure" sedangkan 1 MDB belum lagi.

    Kalau skandal 1 MDB di dahulukan bermakna cadangan baek menteri pendidikan itu berstatus 'langkah bendul'. Langkah bendul dalam hierarki parti tupperware bukanlah asing namun dalam konteks pendidikan ia akan mengundang keritikan pedas dan sinikal dari kawan dan lawan yang celik sejarah.

    **Usah keliru antara bunga bayam, imayam dan putu mayam

    BalasPadam
  3. Sejarah adalah catatan bersiri, bersistem, berfakta, bermaklumat dan berurutan. Ia bukan catatan random, caca merba, hearsay, emoticon dan ikut tiupan angin politik.

    Impak sejarah tidak ikut 'law' adalah jelas. Conyohnya kalau teks sejarah tidak menceritakan kehadiran Melayu di Tanah Melayu sebaliknya hanya kehadiran migran yang dicatatkan maka pemahamannya ialah Tanah Melayu adalah milik migran.

    BalasPadam
  4. Sepatutnya dahulukan kes "operasi lalang", "peristiwa Memali" dan rompakan simpanan Petronas oleh atuk anak-beranak dan proksi. Buat satu sejarah tentang pemerintahan rejim atuk selama 22 tahun, boleh jadi satu teks yang cukup panjang. Lebih banyak boleh dipelajari untuk memantapkan lagi ilmu buat generasi baru bagaimana cara untuk mencuri khazanah negara tanpa dapat dikesan. Mengikut kajian satu badan antarabangsa, lebih 1 trilion lebih duit negara dibawa keluar tanpa dapat dikesan bermula era atuk dampsa era Pak lah. Atuk dan Daim yang diamdiam h lagi boleh ler turunkan sikit ilmu

    BalasPadam