Header Ads

ads header

Flash News

Sekolah kebangsaan berubah menjadi sekolah agama kata Mahathir


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengeluh sekolah kebangsaan lebih tekankan mata pelajaran agama, menyebabkan lepasan sekolah kurang mengetahui pelajaran yang berguna untuk pekerjaan.

Berucap kepada alumni Kolej Sultan Abdul Samad malam tadi, Dr Mahathir berkata mutu pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan menurun, antaranya kerana kualiti guru dan kurikulum yang gagal mengimbangi agama dan mata pelajaran lain.

“Bukan kerana anda tidak bijak atau tidak mampu belajar,” katanya kepada 600 hadirin di majlis makan malam bersama persatuan bekas pelajar kolej itu di Bangsar malam tadi.

“Sekolah kebangsaan hari ini seperti sekolah agama. Semua belajar tentang Islam dan tidak ada yang lain. Akibatnya, lepasan sekolah kurang mengetahui mata pelajaran yang berguna untuk pekerjaan, tetapi boleh jadi ‘ulama’.

“Terlalu ramai ‘ulama’ hinggakan mereka berkelahi sesama sendiri. Inilah masalah yang kita hadapi sekarang dan sebab itu kita akan ubah kurikulum sekolah.”

Beliau tidak menolak pembelajaran agama namun kerajaan akan mengkaji semula kurikulum untuk menghasilkan keseimbangan dalam pembelajaran anak-anak kerana negara mempunyai cita-cita untuk menjadi negara maju.

Perdana menteri mahu anak-anak belajar agama dan dalam masa yang sama menguasai mata pelajaran lain, terutama sains, matematik dan Bahasa Inggeris.

“Rakyat mesti berpendidikan tinggi, bukan hanya boleh baca doa tetapi juga mata pelajaran lain. Kurikulum akan diubah supaya ia mengajar semua orang mata pelajaran yang berguna apabila mereka berdikari,” katanya.

Beliau berkata rakyat, terutama orang Melayu harus menguasai Bahasa Inggeris kerana ia bahasa sejagat, bahasa ilmu pengetahuan, dan kerana kita ada cita-cita yang besar.

“Kita perlukan pertolongan untuk membina semua negara kerana beberapa tahun yang lalu tidak baik untuk Malaysia.

“Kita perlu kuasai Bahasa Inggeris kerana anda akan dapati ia berguna di mana sahaja anda berada…tak berkurang Melayu kita atau kurang Malaysia jika kita bertegas mahu menguasai Bahasa Inggeris.”


MR :  Pengundi yang mengundi PH ada saham dalam pemberian kuasa kepada penolak agama... agaknya apa alasan kamu nanti?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Sekali liberal, selama lamanyaliberal.

    BalasPadam
  2. Ya ALLAH kau tetapkan Islam di dalam hati ku Ya ALLAH.

    BalasPadam
  3. Kejayaan sesuat agensi atau mana2 sekolah bergantung pada agama, ini bermakna fikiran Mahathir amat2lah mundur, negara moden semuanya kerana agama Islam..

    BalasPadam
  4. Budaya dan sains teknologi barat terhutang budi pada ilmuwan Islam pada zaman kegemilangan tamadun Islam.

    Malangnya hari ini puak kafir harbi dan khadam-khadam liberal mereka yang buta hati dan buta sejarah cuba menindas Islam dan umat Islam dan menafikan sumbangan Islam kepada peradaban dunia.

    BalasPadam