Rusuhan kuil: 83 ditahan setakat ini, polis buru ramai lagi
KUALA LUMPUR, 4 Dis — Polis Diraja Malaysia setakat ini telah menahan 83 individu untuk membantu siasatan kes kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini, pada Isnin lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata semua yang ditahan setakat ini adalah warga tempatan dan masih ada ramai lagi yang diburu.
“Setakat pukul 8 pagi ini kami telah tahan 83 individu untuk siasatan dan ada beberapa lagi sedang diburu.
“Semalam kami telah senaraikan beberapa individu terbabit dalam kekecohan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen Kolej UniKop di Maktab PDRM di sini, hari ini.
Semalam Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata PDRM sedang mengesan 28 orang saksi untuk membantu siasatan berhubung insiden rusuhan itu dan memohon kesemua saksi berkenaan tampil memberi kerjasama.
Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa berikutan perbalahan mengenai perpindahan kuil itu ke tapak baharu, menyebabkan kecederaan parah kepada seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Institut Jantung Negara.
Kejadian itu juga menyebabkan seorang anggota polis cedera selain kemusnahan 23 kenderaan yang dibakar perusuh, kerosakan sebuah bangunan serta gangguan kepada ketenteraman awam. — Bernama
MR : Dah jadi bubur baru tegas nak ambil tindakan
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan