Header Ads

ads header

Flash News

Rating Dr Mahathir jatuh 20%, kata Rafizi


PETALING JAYA: Rating Tun Dr Mahathir Mohamad merosot dalam 6 bulan ini sejak beliau mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Datuk Seri Najib Razak, menurut tinjauan pendapat dipetik pemimpin PKR, Rafizi Ramli hari ini yang memberi amaran euforia memihak kepada Pakatan Harapan (PH) hilang dalam kadar cepat.

“Saya benci menjadi pembawa berita buruk, tetapi seseorang perlu memberi amaran itu,” katanya yang mengetuai badan kaji selidik dikaitkan dengan PKR, Invoke Malaysia.

Bekas ahli Parlimen Pandan itu memberi amaran kemerosotan populariti akan bertambah teruk “jika tidak diuruskan dengan baik”.

“Ada tanda euforia bertukar menjadi kekecewaan.”

Beliau memetik satu tinjauan pendapat yang dijalankan awal bulan ini, di mana rating Dr Mahathir sebanyak 53%, merosot 19% daripada tinjauan sama pada Jun lalu, sejurus selepas PH memenangi pilihan raya umum Mei lalu.

Katanya, ini menunjukkan kemerosotan populariti kerajaan PH yang ditunjukkan semua kumpulan etnik.

“Ada penurunan secara konsisten sebanyak 20% bagi semua kaum – Melayu (daripada 66% kepada 45%), Cina (daripada 87% kepada 65%) dan India (daripada 84% kepada 64%).”

Beliau turut memberi contoh janji yang gagal dikotakan PH sejak ia berkuasa, walaupun orang ramai tidak mengharapkan “keajaiban” atau perubahan dalam 100 hari pentadbiran PH.

“Tetapi, sekurang-kurangnya pentadbiran PH perlu dilihat memfokuskan semata-mata untuk meletakkan asas dalam memenuhinya (janji pilihan raya) pada masa depan.

“Selepas seketika, ia tidak lagi cukup untuk mendakwa bekas pemimpin kerajaan dengan kes rasuah kerana selagi tiada penambahbaikan ketara (berkaitan punca pendapatan ekonomi) di peringkat akar umbi, kebimbangan akan berlarutan.”

Rafizi mendakwa pemimpin kerajaan mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu lebih mendesak dan memberi amaran semangat muhibah yang dikatakannya dalam mengekalkan kuasa, terhakis dengan cepat.

Katanya, ini termasuk layanan terhadap peneroka Felda.

“Bukan saja kita tidak mampu menghapuskan hutang mereka yang dipertikaikan berpunca daripada kerajaan terdahulu; kita tidak boleh membantu menjadikan keadaan lebih baik kepada mereka apabila harga komoditi jatuh.”

Beliau turut mendakwa kontroversi berhubung triti anti-diskriminasi oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai satu daripada puncanya.

“Saya tidak faham kenapa menteri Kabinet kita memfokuskan ratifikasi ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) tanpa mempertimbangkan sentimen di peringkat akar umbi.

“Kita boleh mencapai kejayaan, jika kita menumpukan perhatian terhadap rakyat Malaysia berbilang kaum mendapat layanan adil dalam setiap bidang kehidupan mereka, tanpa mengira kaum dan agama.”

MR :  Tak beritahu rating kerajaan PH yang hancing tu turun berapa?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan