Putrajaya sahkan ATM tak terlibat serangan di Yaman
KUALA LUMPUR: Ops Yaman 2 yang menempatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Arab Saudi sejak 2015 dihentikan pada 4 Sept lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong berkata penarikan balik penempatan tentera itu selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) melihat ia tidak selaras dengan dasar pengecualian Malaysia.
“Pada asalnya anggota ATM diatur gerak untuk evakuasi rakyat Malaysia di Yaman namun diubah misi membantu Pakatan Tentera Arab terhadap Yaman.
“Ini bertentangan dengan dasar luar negara yang tidak campur tangan dalam urusan konflik negara lain dan penglibatan antarabangsa Malaysia hanya melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya dalam sesi soal jawab lisan terhadap soalan Chang Lih Kang (PH-Tanjung Malim) yang ingin tahu tugas-tugas anggota tentera yang berpangkalan di Riyadh.
Liew berkata ketika ini dianggarkan seramai 700 rakyat Malaysia masih berada di Yaman.
Menjawab soalan tambahan Chang yang ingin tahu peranan ATM dalam operasi di Yaman dan standard operasi prosedur di negara lain, Liew berkata ATM tidak terlibat dalam aktiviti combatan tetapi memberikan sokongan logistik kepada pakatan tentera Arab.
“Dari segi SOP, saya difahamkan Menteri Pertahanan yang lalu tidak dapat kelulusan Kabinet untuk Ops Yaman 2. Ops Yaman 2 tidak ada keputusan Kabinet untuk meluluskan gerakan trup ini,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pula sama ada Malaysia menerima prospek timbal balas dalam bentuk pembelian aset pertahanan oleh Arab Saudi sebagai menghargai sokongan Malaysia, Liew berkata beliau difahamkan tidak ada sebarang timbal balas diberikan setakat ini.
“Bagaimanapun saya akan beri jawapan bertulis kerana saya tidak pasti sepenuhnya,” jelasnya.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Kecuali-kecuali jugak. Kalau tempat suci di ceroboh oleh anasir2 jahat, adalah jadi tanggungjawab moral penganut2 waima di mana berada untuk menghalang pencerobohan.
BalasPadamBukankah Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong (DAP) adalah bekas Visiting Research Fellow, Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS) di Singapura? Bukankah ISEAS ini badan perisikan Singapura?
BalasPadamJika ini benar, bukankah ini bererti rahsia ATM akan terdedah kepada negara jiran?